Tuesday, July 5, 2011

Sekolah Lestari

Semalam (4 Julai 2011) diadakan program Pelancaran Sekolah Lestari peringkat SKKW. Majlis ini diadakan semasa perhimpunan mingguan di dewan sekolah. 
   Tahun lepas, SKKW telah dicalonkan mewakili daerah Sepang ke pertandingan Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar (klik di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini). Walaupun hanya mendapat sijil penghargaan berbentuk frame, tapi pengalaman membuat persiapan ke arah pertandingan tersebut sangat berharga buat kami warga sekolah. Diharapkan program pelancaran tahun ini akan menghidupkan semula amalan lestari yang telah dipraktikkan tahun lepas. Kerjasama semua juga amat diperlukan dalam menceriakan lanskap yang telah dibina pada tahun lepas.
  Sebagaimana yang telah dipersetujui, setiap hari Isnin guru-guru akan memakai baju bertema....
Kali ini tema merah
Ahlan Wasahlan buat dua orang guru praktikum IPIS yang melapor diri hari ini - Ustaz Mohd Mumtaz dan Ustaz Ahmad Syafiqdeen
Penyampaian hadiah kelas terbersih
Mashaliza menyampaikan ceramahnya - Sikap Meminta Maaf dan Memaafkan
Tahniah Nor Fatin Afrina dapat mengekalkan prestasi cemerlang dalam PPT. Sejuk perut mentornya - cikgu Mimi
 Mentor Danish - cikgu Hanisah lewat hadir hari ini kerana ada check-up.
Inilah lencana yang disemat - thanks PIBG
Cikgu Rohaizat gembira bersama mentinya - Wafi
(Seorang lagi yang mendapat 5A dalam PPT ialah Marlisa Ishak. Congratulations semua!)
Sesi penyampaian hadiah dari Kelab Guru dan Kakitangan kepada guru dan staf yang menyambut harijadi - Zalina pilih towel oren
Khairul mengendali Program Pelancaran Sekolah Lestari
"Tahun lepas tema sekolah lestari kita hijau. Tahun ini merah sinonim dengan 'bunga' yang turut menyumbang kepada kelestarian"
 "Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya rasmikan program Sekolah Lestari SK Kota Warisan 2011"
GB memotong riben sambil diperhati oleh GPK-GPK yang serba merah
Persembahan koir - lagu Hijau
Selepas perhimpunan, latihan sukan diteruskan
Selamat Datang juga buat Pembantu Tadbir SKKW baru - Pn. Siti Hafizah bt. Masdi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...