Satu pengalaman yang sangat menarik dapat berada di tengah-tengah think tank KPM berkaitan cadangan skim baru perkhidmatan guru ini. Seronok menyaksikan sendiri perbahasan yang sangat profesional di kalangan Doktor-Doktor dan para ilmuwan KPM. Oleh kerana lab telah bermula lama sejak beberapa bulan yang lalu, mesyuarat ini hanya sekadar memurnikan lagi kriteria dan wajaran yang telah dibincangkan. Namun, kesempatan dapat melontarkan idea bagi pihak rakan-rakan sejawat dan guru-guru amat saya hargai.
Setakat ini saya melihat mereka memegang kepada prinsip - semua proses kenaikan pangkat hendaklah dipermudahkan. Semoga keputusan oleh BPSM dan JPA kelak akan menggunapakai cadangan-cadangan kakitangan KPM itu sendiri. Terserahlah kepada kita untuk merebut peluang itu nanti.....
Kumpulan Sekolah
Dr. Mohd. Suhaimi - pendeta kami
Pn. Norehan pun ada sama
Dr. Naimah, Dr. Zaini, Dr. Rosli
Kumpulan JPN
Kumpulan PPD
Sesi perbincangan dan percambahan idea
Dr. Zaini, Dr. Habibah, Dr. Noor Zaila
Di hari ke-2
Faris BPSH pun ada
IM juga pernah bersama dalam mesyuarat NGO. Mereka bertegang urat dalam mempertahankan pendirian masing-masing.
ReplyDeleteTapi bila dah habis mesyuarat, mereka berlapang dada dan mesra semual.
Itu namanya profesional. Semoga kita juga memiliki ciri-ciri itu.
ReplyDelete