Majlis ini sebenarnya adalah majlis "3 in 1" yakni;
1) Penyampaian input pertanian oleh MPPP berjumlah RM210,000.00 untuk DUN Tg. Sepat, Dengkil dan Sg. Pelek
2) Penyampaian sumbangan cek kepada PIBG sekolah-sekolah Parlimen Sepang berjumlah RM83,000.00 untuk 66 buah sekolah di tiga DUN tersebut
3) Penyampaian sumbangan komputer riba 1 Malaysia (Fasa 2) Parlimen Sepang sebanyak 1000 buah notebook untuk 1000 orang pelajar Sekolah Menengah
Berbanding dengan tahun-tahun sudah, sumbangan kepada PIBG kali ini berdasarkan enrolmen murid. SKKW yang mempunyai bilangan murid lebih 1,100 orang menerima sumbangan sebanyak RM1,500.00. Nampaknya kali ini semua PIBG perlu mengembalikan penyata akaun perbelanjaan program yang dilampirkan berserta gambar aktiviti / program dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan cek (macam suntuk je masa yang diberi). Apapun terima kasih banyak atas sumbangan tersebut.
Pentas utama di dewan terbuka SJK(C) Dengkil
Bersama rakan-rakan Pengetua / GB dan wakil
Barisan JKKP Parlimen Sepang
Hadirin hadirat
YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin dan para VIP mengambil tempat di atas pentas
En. Ariffin - pengacara majlis yang mantop
Ucapan YB Dato' Marsum Paing - ADUN Kawasan Dengkil
YB Dato' Sri Ir. Mohd Zin menyampaikan ucapan
JKKP Tanjung Sepat bersama mock cheque sumbangan pembangunan pertanian berjumlah RM65,000.00
Input pertanian untuk DUN Sg. Pelek berjumlah RM40,000.00
Sebahagian pelajar bersama notebook yang diterima
YB Dato' Sri Ir. Mohd. Zin bersama isteri - Datin Sri Azlina Ahmad, PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah Roslan, PPD K. Langat - Tn. Hj. Abdul Talib Hamid, Noredzan dan Asmah
Serius membincangkan isu-isu pendidikan
No comments:
Post a Comment