Esok 1 Ramadhan 1432H. Nostalgiknya, entri sulung saya lahir pada Awal Ramadan 1430H / 2009M. Bermakna sudah 2 tahun hijrah usia blog kesayangan saya ini. Kesimpulan daripada perjalanan merentas alam blogging ini, memang banyak faedah dan kepuasan yang saya rasai dan lalui. Yang pahit tu adalah sedikit tetapi ianya umpama buih-buih di lautan. Dalam kehidupan seharian pun, kita dewasa bersama pelbagai ranjau dan duri. Take positive and enjoy your life. Everything in the garden is rosy...
Bila canda membuat tertawa
Hati bahagia wajah ceria
Maaf dipinta segala dosa
Sambut gembira puasa mulia
Embun suci di pagi hari
Hati yg bersih kan lahir kembali
Bulan Ramadhan telah menanti
Bersihkan diri menghadap Ilahi
Mohon maaf atas segala khilaf yang ada, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita diterima Allah Ta’ala.
cikgu....... selamat menjalani ibadah di bulan yang barakah ini
ReplyDeleteSamalah kita ya ibu guru. Semoga kita beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini
ReplyDeleteAs-Salam Cikgu AIDA
ReplyDeleteWah, wah.... blog cikgu sudah nak dua kali berhariraya. InsyaAllah tak lama lagi. Banyaklah warna dan rasa jalan-jalan yang telah dilaluinya.... You are right, be positive always! Selamat menjalani ibadah puasa.
Wsalam cikgu Temuk. Nampak gayanya Syawal kali ini blog saya dapat banyak duit raya sebab dah ramai sedara di alam maya hehe.. Selamat Berpuasa
ReplyDelete