Friday, September 9, 2011

Solat Hajat UPSR II

Memandangkan malam tadi merupakan malam Jumaat terakhir menjelang UPSR, SKKW bersama banyak sekolah lain telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin. Majlis kali kedua ini diadakan di dewan terbuka sekolah dan dihadiri oleh semua murid Tahun 6, ibu bapa mereka serta guru-guru. Turut hadir ialah YDP PIBG; Dr. Norizhar Hj. Kadarman.
   Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan yaasin yang diketuai oleh imam jemputan - Ustaz Faizal dari SK Sg. Pelek. Kemudian hadirin dijemput ke kantin untuk sedikit jamuan ringan berupa meehoon dan air. Selepas itu, diadakan pula solat Isyak dan seterusnya ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah jemputan; Ustaz Afandi dari SK Kg. Baharu Lanjut. Sungguh berkesan sekali ceramah beliau dan menyentuh jiwa para hadirin. Semoga anak-anak murid sekalian akan lebih bersemangat serta diberi hidayah oleh Allah Yang Maha Esa untuk menggapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan mereka duduki pada minggu hadapan.
   Sebelum bersurai, sekali lagi hadirin dijamu dengan nasi berlaukkan ayam di kantin sekolah. Terima kasih kepada PIBG serta individu-indidvidu yang telah menyumbang bagi mengadakan majlis ini. Semoga kejayaan mengiringi usaha murni kita ini. Amin.
Solat berjemaah
Bacaan yaasin
Ucapan YDP PIBG
Ucapan GB
Ceramah motivasi oleh ustaz Afandi
Tekun mendengar ceramah

2 comments:

  1. Semoga anak2 yang akan menduduki peperiksaan ini dapat menjawab semua soalan dengan tenang dan lancar, seterusnya memperolehi kejayaan yang cemerlang. Amin. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kakcik. Debaran semakin rancak. Ada murid yang dah jadi murung dan ada juga yang terus blur. Risau memikirkannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...