Thursday, December 22, 2011

Bocor lagi!

Hari tu baru je sudah PPD baiki paip bocor (klik di sini), dia buat lagi! Dah seminggu kebocoran  baru ini dikesan. Oleh kerana saya bermesyuarat di luar dan bercuti, GPK dan KPT telah mengambil tindakan memaklumkan dan menulis surat aduan ke PPD. Kali ini yang bocor adalah pili bomba. Membuak-buak airnya! Banyaklah bil bulan ni :(
Paip bocor kat tembok pagar berhadapan kelas Pendidikan Khas
Air keluar dengan banyaknya
Mengalir ke sini
Turun ke longkang utama dengan lajunya

9 comments:

  1. Alahai... sekolah baru pun boleh bocor juga... lainlaa sekolah saya yang dah hampir 50 tahun..semedangnya bocor.. yang paling kesian orang kantin... kena bayar bil melambong-lambong...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Semoga segala yang bocor itu diperbaiki secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Tu le pasal. Moral of the story; jangan ingat sekolah baru semua perfect - tak habis-habis rosak satu persatu. Satu lagi masalah SKKW yang nampak baru + canggih ini ialah bekalan elektriknya... Penat melayannya.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam Ashrafi. Dah seminggu tak ada siapa datang tengok lagi, entah bilalah akan dibaiki?

    ReplyDelete
  5. pembaziran tu kalau lambat di baikki...

    ReplyDelete
  6. Salam Zino. Setelah menghubungi wakil pemaju, valve paip bomba tu dapat ditutup - tak adalah membazir. Harap PPD akan turun cepat untuk membaiki. Yang tak bestnya pergi sekolah pagi ni, ada lagi kes bocor. Kali ni tangki air naik ke tandas-tandas pula keluar air. tak tau apa puncanya. Nanti saya buatkan entri berserta gambarnya. Masalah betullah, poning kepala den!

    ReplyDelete
  7. salam kak aida..
    konfem la melambung bil air nanti

    salam kenal ;)

    ReplyDelete
  8. salam,
    bocor paip air boleh dibaiki. bocor akhlak......??

    ReplyDelete
  9. Salam kenal Irfa. Confirmlah tu...

    Salam IM : Bocor akhlak perlu kesedaran dalaman untuk membaikinya. Insya Allah, tak ada yang mustahil, tak gitu IM?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...