Wednesday, July 28, 2010

Warta berita hari ini

Sebagai wartawan bebas SKKW, hari ini saya nak paparkan berita tentang aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekolah sepanjang hari ini dari pagi hingga ke petang. Kebanyakannya adalah peristiwa rutin yang berlaku setiap hari dan setiap minggu (sebab hari ini hari Rabu - aktiviti kokurikulum dijalankan seperti biasa). Ada juga peristiwa yang berlaku hanya pada hari ini dan corat-coret keadaan sekolah. Jom kita ronda sekolah naik tangga turun tangga......
Murid-murid yang datang awal digalakkan membaca buku di tempat perhimpunan
Ruang bawah tangga dijadikan tempat simpanan buku-buku bacaan pagi projek khas sumbangan PIBG
Membaca amalan mulia
Beberapa orang murid membeli-belah di kedai buku sekolah
Selesai perhimpunan, bekas penyimpanan buku disusun rapi
Sakit hati tengok rumput yang panjang
Syarikat pembersihan swasta sekolah ini telah didenda semasa lawatan Audit KPM tempoh hari ekoran tidak menjalankan tugas dengan baik. Nampaknya perkhidmatan masih tidak memuaskan walaupun dah kerap berbincang dengan penyelianya. Ada-ada je alasan yang diberi
Kerusi roda ni sumbangan Pn. Sa'diah dan diletakkan di dalam bilik Pendidikan Khas. Terima kasih Sa'diah!
Tengok tu! Terror tak murid-murid SKKW? Bangku konkrit ni pun boleh dibengkokkan
Pam tangki air ni dah lebih 2 minggu patah
 Banjir bilik pam ni. Dah minta tolong pemaju repair - "Alatnya belum belilah, cikgu"
Odie, Sabar dan Zanie - tulang belakang pejabat SKKW
Bilik Sa'diah menanti penghuni baru
Zaihan menceriakan makmal komputer
Milah, Syahidah dan Nazihah melukis mural di dinding Taman Herba - lukisan kayu bakau
Firdaus menyiapkan label doa di kantin
Faiz tampal - Hari ni mereka berdua last di sini. Bye!
Kokurikulum petang : Tahun 4 mendengar ceramah 'Motivasi Cinta' di surau
Tahun 5 mengadakan aktiviti koku unit beruniform
Tahun 6 ada kelas tambahan
Petang : Datang dah orang repair pam tangki air
Outlet metre yang patah dicabut
Salmi memantau kerja-kerja pembaikan
Murid-murid sekolah agama rehat
Habis ceramah, murid-murid minta sign autograf dari penceramah
Sedikit saguhati buat penceramah
Murid-murid diberi sedikit makanan dan minuman
Sambung cat mural esok
Singgah jap bilik PPDa yang baru diwujudkan
Operasi ceria oleh pelatih internship memang berbaloi.
Terima kasih Zaihan, Alif, Faiz dan Firdaus.
Jasa kalian akan kami kenang selamanya!

6 comments:

  1. Salam,
    Moh, kita ronda sekolah bersama GB. Jangan lupa bawa buku catatan dan camera. PPD/JPN/Nazir/buat pematauan secara online aje lah pada blog GB SKKW. Keep up the good work, Cg.

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nora. Terima kasih atas dorongan yang diberi. A good work is team work...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu Usop. Tahniah sebab apa ya???

    ReplyDelete
  4. Salam Cikgu Aida
    Aduuuh. Saya pula yang terasa penatnya jadi GB zaman ni! Yg tanggung kerja pun tak kata penat! Dlm kira KPI, kot kata penat, markah jadi kurang ya Cikgu?

    ReplyDelete
  5. Salam cikgu Temuk. Memang penat banget jadi GB zaman ni. Dalam KPI kalau cakap penat - dah jadi novellah pulak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...