Friday, July 22, 2011

5A PPT

Sebagaimana tahun lepas (klik sini dan sini), hari ini saya bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling mengadakan program Majlis Meraikan Murid-murid 5A dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) 2011. Dengan modal yang sederhana, kami membelanja murid yang mendapat keputusan 5A semasa PPT baru-baru ini di kantin sekolah bermula Rehat Tahap 1 sehingga tamat Rehat Tahap 2. Murid-murid cemerlang tersebut terdiri daripada: 
1. Nor Fatin Afrina binti Mohd Fakhruddin
2. Marlisa binti Ishak
3. Danish Danial bin Latib
4. Muhammad Wafi bin Zainal Abidin
   Tahniah buat 4 orang murid ini. Semoga kejayaan mereka akan menjadi motivasi kepada murid-murid lain terutamanya rakan-rakan Tahun 6 mereka. Semoga suasana meriah diraikan sebegini akan menyuntik semangat untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan UPSR yang akan tiba tidak beberapa lama lagi. Sesungguhnya bukan hidangan KFC dan kek yang perlu dicemburui tetapi kejayaan dan daya juang diri keempat-empat murid ini yang perlu diteladani, diikuti dan dijadikan sandaran kepada semua murid. 
   Mereka adalah insan biasa. Insya Allah sesiapa juga boleh berjaya asal sahaja disusuli dengan kemahuan dan usaha. Ayuh kawan-kawan yang lain, masa masih belum terlambat. Berusaha dan bertawakkallah demi sebuah kejayaan serta maruah diri sendiri, keluarga dan sekolah kita. Cikgu doakan keputusan UPSR tahun ini akan melonjak hasil kerja keras yang tidak mengenal jemu anak-anak murid, guru-guru serta semua pihak.
  Terima kasih juga buat guru Kaunseling; cikgu Che Ruzana dan cikgu Rohaizat yang telah menguruskan majlis simbolik ini. 
Sign "Tahniah" ditampal di tiang kantin
Marlisa dan Fatin
Danish dan Wafi
Token buat Marlisa dan kawan-kawan
Bersama cikgu Ruzana
Kek sedap dari Maria Homemade Cake
Acara memotong kek
Semoga berpuas hati dengan majlis kecil-kecilan ini
Baca doa dulu
Zana memotong kek
Bersama cikgu Rohaizat mengucap tahniah
Semoga adik-adik yang lain akan mengikut jejak langkah mereka
Semangat buat rakan-rakan Tahun 6
Edy menghabiskan makanan ibu
Buahtangan cup cake buatan teacher Mariatul Kabtiah
Cikgu bangga dengan kamu berempat
Semoga terus berjaya!

1 comment:

  1. Harap-harap bila dah dewasa mereka kenang jasa guru-guru mereka, ya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...