Wednesday, July 6, 2011

Cikgu Zurina - Kebanggaan SKKW

Tahniah diucapkan kepada cikgu Zurina Yusof kerana kajian tindakan beliau telah dipilih oleh EPRD KPM untuk dibentangkan dalam The Third Thailand - Malaysia Joint Educational Research Conference 2011 yang akan berlangsung pada 25 - 29 Julai 2011 ini di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Tajuk kajian tersebut ialah 'kaMi' : Satu Kaedah Membina Sifir Dengan Cepat dan Mudah.
   Menurut surat KPM, sebagai menepati keperluan persidangan peringkat antarabangsa, kajian yang terpilih perlu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan perlu dibentangkan dalam Bahasa Inggeris menggunakan power point. Pembentang akan diperuntukkan masa selama 20 minit untuk membentangkan kertas kerja / kertas laporan masing-masing, manakala sesi soal jawab akan mengambil masa selama 10 minit. Surat tersebut juga menyenaraikan 10 nama guru / pembentang (5 SMK, 4 SK dan 1 PPD) dengan tajuk kajian yang sangat menarik. 
   Pn. Zurina dengan bantuan Pn. Shikin telah pun menterjemahkan kajian tindakan tersebut dan menghantarnya ke EPRD merlalui emel. Sekarang, beliau dalam proses menyediakan power point untuk dibentangkan kelak. Dengan kerjasama guru-guru B.Inggeris, diharapkan hasilnya terbaik. Sebagai lulusan masters, kami percaya Zurina boleh melakukannya... 
   Menyelusuri sejarah,sebenarnya kajian tersebut telah dibuat oleh Zurina pada tahun 2009 sebagai menyahut cabaran pihak PPD dan JPN. Bahkan kajian yang sama telah pun kami ketengahkan semasa pencalonan Anugerah Guru Inovatif  Hari Guru Daerah Sepang bagi tahun lepas (2010). Malangnya, menurut pegawai PPD, kajian tindakan tersebut tidak memenuhi syarat untuk melayakkan beliau diberi anugerah tersebut. It's okay tak ada rezeki. Tup.. tup.. bila mengetahui berita ini, saya merasa sangat gembira bagi pihak sekolah. Bahawa guru-guru sekolah saya memang punya kualiti dari pelbagai aspek. Bertuahlah anak-anak murid SKKW mendapat didikan daripada guru-guru yang komited, mahir dan berlmu pengetahuan tinggi.
   Sesungguhnya kami amat berbangga dengan pencapaian Pn. Zurina ini. Setinggi-tinggi tahniah atas usaha beliau. Semoga beliau dapat membuat pembentangan yang terbaik pada persidangan itu nanti. Kami iringi perjalanan puan dengan doa agar semuanya berjalan lancar. Nanti kita share pengalaman berharga itu...
Tu haaa.. Zurina bertudung purple - sebelah Izan dan Milah

4 comments:

  1. tahniah buat insan yang sentiasa memiliki idea yang hebat

    ReplyDelete
  2. salam..
    ermmm...sema pun tudung purple..
    yang mana satu kak..?he he..tahniah
    Cikgu Zurina..
    :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Pn Zurina dan SKKW. Dah semuanya purple, mana nak kenal - kecuali Aida. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Imanshah : Memang idea cikgu Zurina ni dikagumi. TQ

    Salam Zul dan kakcik : Saja je buat gimik. Cikgu Zurina berdiri no. 5 dari kiri, cantik kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...