Saturday, July 9, 2011

Sukan Tahunan ke-8

Sampai di sekolah pagi ni, langit gelap. Tidak berapa lama kemudian hujan pun turun dengan agak lebat. Oleh yang demikian, majlis perasmian pembukaan sukan terpaksa diadakan di dewan. Murid-murid perbarisan beratur dengan penuh disiplin. Kerusi disusun di atas pentas bagi menempatkan perasmi dan para VIP. Banner dibawa dari padang ke dewan. Lancar sekali guru-guru menjalankan tugas masing-masing. 
   Lebih kurang pukul 8.15 pagi, Tuan PPD Sepang - Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan pun tiba dengan memandu sendiri. YDP PIBG - Dr. Norizhar, Naib YDP PIBG - Dr. Irwan dan Guru-Guru Penolong Kanan menyambut beliau bersama bunga manggar. Sedikit demi sedikit cuaca semakin cerah. 
   Selesai acara perasmian, Tuan PPD dibawa ke khemah di padang. Alhamdulillah hujan dah berhenti, cuma padang becak. Namun, ianya tidak menjejaskan kemeriahan sukan SKKW malahan murid-murid kelihatan begitu seronok bermain selut sambil memerhatikan kawan-kawan, abang dan kakak berlumba.
   Tuan PPD telah meninggalkan majlis setelah selesai jamuan ringan kira-kira pukul 10.30 pagi. Terima kasih banyak kepada Tuan PPD kerana sudi meluangkan masa mengunjungi kami pada hari ini. Seronok bersembang dengan PPD baru ini. Puas juga saya menceritakan senario terkini dan sejarah sekolah serta beberapa laporan semasa. Tuan PPD memang sangat humble, mendengar dengan penuh minat dan tidak lokek berkongsi pengalaman beliau ketika beliau menjadi pengetua suatu ketika dahulu. Semoga tuan akan lebih sukses pada masa depan dan pendidikan di daerah Sepang akan bertambah maju di bawah pentadbiran tuan.
   Sepanjang temasya, terdapat beberapa gerai yang menjual pelbagai barangan yang mendapat sambutan baik dari ibu bapa dan murid-murid. Nampaknya laluan yang basah dan becak tidak menghalang urusniaga berlaku. Minta maaf jika ada kekurangan di sana-sini. Hasil sewa tapak tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung PIBG. PIBG juga turut membuka gerai dengan menjual air, di mana telah dipersetujui di dalam Mesyuarat AJK PIBG, keuntungannya akan dibahagi sama banyak dengan Unit Pendidikan Khas. 
   Selesai acara murid, diadakan pula acara ibu bapa dan guru. Seronok melihat acara terompah gergasi dan bola sepak gergasi. Sampai tergeliatlah kaki saya semasa nak testing terompah gergasi tu. Harap-harap tak seriuslah. 
   Terima kasih banyak kepada PIBG, semua guru, ibu bapa, staf, murid dan semua penyumbang dalam menjayakan sukan ini. Terima kasih juga kepada guru-guru praktikum dari IPIS dan UTAR yang banyak membantu. Mereka termasuklah 8 orang guru praktikum (4 ustaz dan 4 prasekolah) yang datang semula ke SKKW untuk menjalani latihan internship selama sebulan. Sepatutnya mereka bermula Isnin depan tetapi telah sudi hadir lebih awal sebagai urusetia kejohanan sukan kami.
   Di akhir ucapan penangguhan, saya telah membacakan pantun yang berbunyi;
       Ada road block di tengah jalan,
          Hujan pagi sudah berhenti;
       Hari ini kita bersukan,
          Hari Isnin kita bercuti.
  Oklah jom layan gambar-gambar sepanjang Temasya Sukan SKKW kali ke-8 siang tadi. Hip-hip hore3X...
Hujan rahmat
YDP PIBG - Dr. Norizhar menyambut ketibaan Tuan PPD
Naib YDP PIBG - Dr. Irwan bersama En. Nor Aziz
Syabas buat Din dan Tatra - pengacara dwibahasa
Bacaan ikrar
Edy jadi lady bird
Bacaan doa oleh ustaz Mumtaz
Ucapan GB
Rumah biru menarik berpakaian pahlawan Melayu
Ucapan YDP PIBG - Dr. Norizhar
Ucapan perasmian Tuan PPD - Tn. Hj. Mat Jah
Cenderahati buat perasmi
Tuan PPD menerima tabik hormat pasukan perbarisan
Merah flora dan fauna
Biru bertema kehidupan laut
4 rumah sukan dan pasukan TKRS
Para jurugambar merakam kenangan
Belon dilepaskan ke udara
Ibu bapa yang hadir
Mimi menyampaikan hadiah
Tuan Aminudin turut menyempurnakan acara penyampaian hadiah
Gerai PIBG
Gerai Kelab Guru dan Kakitangan SKKW
Membeli sambil menderma
Payung yang laku hari ini
Mc-mc yang kacak dan jelita
Azmi - Setiausaha Sukan yang sabar
Ustaz-ustaz IPIS berbincang dengan Rohaizat
Seronok bermain selut
Khemah murid
Khemah ibu bapa kelihatan dari jauh
Acara sukaneka prasekolah
Acara larian
Bekas-bekas murid SKKW
Rusnah, Maria dan Shazwani - camerawoman berdedikasi
Barisan otai SKKW
Hasrat nak menyertai pertandingan terompah gergasi tak kesampaian sebab tergeliat sebelum bertanding
Bola sepak gergasi
Bersalaman selepas tamat. Cikgu kalah 0 - 1
Para pemenang
Juara perbarisan - rumah kuning
Olahragawan - Rafeeq
Olahragawati - Malisha Nur Hanani
Rumah kuning yang ceria
Merah juara!
Tahniah buat pasukan rumah merah!

2 comments:

  1. Sallam Kak Aida,

    Meriah sungguh sukan tahunan sekolah akak ni nampaknya, Tahniah kepada semua yang jadi juara dan kepada yang tak menang tu jangan putus asa, tahun depan cuba lagi. Buat sekolah akak tahniah kerana mengendalikan sukan yang meriah ini. Tahniah uuga buat Akak dan guru2 yang lain.

    ReplyDelete
  2. Berapa banyak tahniah daaaa.... Apapun tkasih. Sukan memupuk kecemerlangan jasmani dan rohani

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...