Friday, November 11, 2011

Persediaan ke Sekolah Menengah

Dalam kesibukan menjalani raptai HAC, sempat juga Unit Bimbingan dan Kaunseling menyelitkan satu program yang tidak kurang pentingnya dalam diari murid-murid Tahun 6. Lebih kurang jam 10.45 pagi, satu program Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah telah diadakan di dewan Tahun 2 untuk murid-murid Tahun 6 SKKW. Ceramah telah disampaikan oleh En. Amin Misnoh; GPK SMK Seri Sepang. Pelbagai input telah diberi oleh mantan Pegawai PPD Sepang itu. Semoga ceramah tersebut dapat dijadikan panduan berguna oleh anak-anak murid dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dan situasi berbeza di sekolah menengah tahun depan. 
Murid-murid Tahun 6 ceria selepas mengikuti ceramah
Cenderamata dan sijil buat penceramah
En. Rohaizat menyampaikan ucapan terima kasih
Jamuan ringan di kantin sekolah

6 comments:

  1. Guru menggalas tugas tak kira masa, tak kira anak siapa. Ada saja cara nak memudahkan dan informasi diberi kepada murid-murid tak kurang ibu-bapa. Untung jadi cikgu - banyak pahala/ganjarannya walau besar cabarannya.

    ReplyDelete
  2. Betul cakap akak tu. Saya setuju bebenor..

    ReplyDelete
  3. ceramah sehari tidak mampu mengubah kelemahan murid sepanjang tahun.

    sesuatu yang lebih besar perlu dirancang...

    ReplyDelete
  4. Salam IM : Pengajaran di bilik darjah ditokok dengan program-program motivasi dan ceramah dari semasa ke semasa diharap dapat menerap nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Selebihnya, terpulang kepada diri individu itu sendiri.

    ReplyDelete
  5. baik program sebegini..penceramah dari luar ini penting juga kerana ia membuahkan perkara baru yang mungkin tidak diketahui warga sekolah

    ReplyDelete
  6. Betul tu en. Shahrom. Penceramah tu akan jadi GPK sekolah menengah budak-budak tu nanti. Diharap tiada kejutan bila mereka melangkah ke SMK Seri Sepang tahun depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...