Menurut En. Bahari , "Kerana SKKW dah terkenal hasil pencapaian Anugerah PIBG tempoh hari". Tanpa rasa riak, saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan tersebut. Walaupun JPS meminta kami menyediakan sambutan yang sederhana sahaja, Insya Allah kita akan cuba memberi yang terbaik. Ini adalah kerana ia bukan saja membawa nama sekolah, bahkan imej daerah, negeri dan negara kita yang tercinta ini.
Kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang berkelapangan, silalah datang ke sekolah pada tarikh tersebut jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari bagi memeriahkan lagi program pengantarabangsaan yang istimewa ini. Jika benar sebagaimana yang dirancang, ini merupakan julung-julung kali kita dilawati oleh orang Korea. Sebelum ini kita asyik dikunjungi pelawat dari Thailand saja. Kali ini kita tengok pula rupa orang Korea yang sangat tersohor itu terutama di kalangan anak-anak muda kita. Welcome (hwangyong-hamnida)!
Saudara artis Full House mungkin terlibat dalam rombongan tu nanti
Kpop Singers
rasanya jepun lebih berbudaya dari korea..
ReplyDeleteTahniah Cg! Drama Korea dan K-POP popular sekarang di Malaysia. Jangan lupa ucapkan
ReplyDelete"Kamsahamidah" di akhir lawatan mereka.
Salam IM : Jepun @ Korea - mana yang baik kita bolehlah ikut
ReplyDeleteSalam kak Hajah Norelenna : Harap tak lupa ucaan tu nanti. TQ kak