Wednesday, November 2, 2011

Meeting Exco

Semalam saya menghadiri Mesyuarat Exco MGB Selangor di De Palma Hotel, Shah Alam. Berbeza daripada mesyuarat-mesyuarat yang lepas, kali ini setiap meja telah diletakkan tanda nama dan jawatan. Pengerusi setiap MGB Daerah duduk bersebelahan dengan Setiausaha masing-masing. Saya kira ini merupakan satu peningkatan imej yang baik. Tahniah! 
   Lama juga mesyuarat berlangsung. Adalah diharapkan semoga segala perancangan dapat dilaksanakan dan segala permasalahan dapat diatasi dan diteladani dalam menggalas tanggungjawab yang semakin mencabar ini.  
Ucapan YDP MGB Selangor - En. Aziz
Setiausaha MGB Selangor - En. Hasim
Barisan Exco MGB Selangor - Pengerusi dan SU setiap daerah
Naib Setiausaha MGBS - En. Nor Azmi
Lagi barisan Exco
Duduk di sebelah Pengerusi MGB Sepang - En. Yahaya
Tanda nama tersergam indah
En. Shaharuddin dibenarkan membawa balik tanda namanya sebab akan pencen pada 11.11.2011 ini.
Selamat Bersara Cikgu Shaharuddin - Jasamu dikenang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...