Thursday, November 24, 2011

Rombongan Korea

Sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini (lihat di sini), hari ini SKKW dilawati oleh pelawat-pelawat Korea yang dinanti-nantikan itu. Rombongan seramai 35 orang prinsipal yang diiringi oleh jurubahasa dan agen pelancongan itu datang dengan menaiki sebuah bas. Turut meraikan para pelawat adalah Pn. Fatimah binti Tamin; pegawai dari PPD Sepang. Setiba di dewan, kami merakamkan gambar kenangan di pentas. Kemudian para pelawat dihidangkan dengan persembahan tarian tradisional hasil bimbingan Pn. Najihah. 
   Selesai menyaksikan persembahan, para pelawat dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan, menyaksikan persembahan multimedia seterusnya acara bertukar-tukar hadiah. Mewah kami kali ini kerana para pelawat telah menghadiahkan kami 5 buah frame mengandungi hasil kraftangan tradisional Korea. Sebelum pulang, rombongan telah dibawa melawat ke Biik Pendidikan Khas, Pemulihan Khas dan Pusat Sumber Sekolah. Gamsahamnida...
Bergambar pagi
Rezeki pagi
Minta tolong Amir, Salmi, Zul pasang rumah punch card
 Drill
Rombongan dah tiba
Pn. Fatimah Tamin mengiringi
Welcome = hwan yeong
Sesi bergambar
Menyaksikan persembahan
Pengacara Maria bersama jurubahasa Jamie Rhee
Persembahan tarian yang menarik
 Bakat-bakat SKKW
Di bilik mesyuarat
Maria mengacara majlis
Ucapan GB
Ucapan diselang-seli alihbahasa oleh Jamie Rhee
 Ucapan balas oleh Director Lee Byung Gun - Busan Metropolitan City Office of Education
Sabar bersama teman baru
Maklumat dalam BM diterjemah ke BI seterusnya in Korean
Khusyuk dan berminat
Penyampaian cenderahati pemberian PPD Sepang
Beg berisi kerepek dari SKKW
Cenderamata dari pelawat
Hadiah dibuka, cd ni menerangkan proses pembuatan hadiah yang diberi
Hadiah mask tradisional
Bersama sebahagian hadiah daripada orang Korea
Pn. Shikin mengendalikan sesi soal jawab
Bersama direktor di bilik Pemulihan Khas
Bersama Guru-Guru Besar Korea yang ceria
Lawatan ke Pusat Sumber Sekolah
Melawat PSS sambil bergambar
Amir dan Abu join sekaki
Bergambar lagi
Meninggalkan sekolah
Annyeonghi gaseyo - Good bye
Mee yan heh yoh - See you again
Hadiah-hadiah yang diperolehi tadi
Kamsahamnida

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...