SKKW telah ditetapkan oleh PPD untuk mengadakan majlis penyerahan bantuan mengikut jadual ahli politik yang telah ditetapkan oleh PPD. Ini sebagai manifestasi touch print Kerajaan kepada rakyat. Tarikh yang ditetapkan ialah pada 16 November 2011 (Rabu) jam 11.30 pagi. Bermakna 2 hari je lagi. Jadual tersebut menetapkan Ahli Parlimen Sepang yang akan membantu menyerahkan bantuan tersebut. Tanpa menunggu kelulusan dari pihak pejabat MP Sepang, saya terus menyediakan surat untuk diedarkan kepada semua ibu bapa / penjaga. Nak buat macam mana notis untuk ibu bapa singkat sebab pihak sekolah pun menerima arahan terlalu lewat.
Memandangkan cuti sekolah semakin hampir, kita pun sedang mengejar masa. Diharap ibu bapa dapat menyelesaikan tanggung jawab menuntut bantuan tersebut degan segera supaya pihak sekolah dapat menghantar senarai penyerahan bersama tanda tangan ibu bapa itu ke PPD sebelum deadline iaitu 2 minggu selepas wang dimasukkan ke dalam akaun sekolah.
Saya turut berbincang dengan pihak bank tentang masa pengeluaran dan prosedur penyediaan cek untuk keseluruhan murid SKKW dari tahun 1 - 6. Kemudian, saya ke IPD Sepang untuk berbincang mengenai bantuan eskot polis. Kami juga memohon untuk menyimpan wang tersebut di balai polis serta memohon khidmat kawalan polis di sekolah sepanjang hari pengagihan wang tunai RM100 kepada setiap ibu bapa / penjaga.
Selesai urusan di 2 tempat penting itu, saya kembali ke sekolah untuk berbincang dengan staf tindakan selanjutnya. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi cikgu Salmi dan Adnan telah saya arahkan ke Hotel Putra KL untuk mendapatkan tandatangan Pn. Shikin yang sedang bermesyuarat bersama semua GPK 1 daerah Sepang berkenaan KSSR. Sekembali mereka berdua dari KL, saya ditemani cikgu Salmi, Adnan dan En. Ali Zamri - pegawai polis IPD Sepang, sama-sama bergerak ke bank CIMB di Salak Tinggi.
Di pertengahan jalan, En. Ali Zamri mendapat panggilan dari balai memaklumkan bahawa OCPD tidak dapat meluluskan permohonan kami untuk menyimpan wang yang akan kami keluarkan itu nanti di balai kerana ketiadaan kemudahan tersebut. Namun kami tetap meneruskan perjalanan ke bank. Di bank, kami membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan wang hari itu. Sebaliknya kami akan mengeluarkannya keesokan harinya sebaik sahaja bank dibuka pada pukul 9.15 pagi. Kami akan membawa bersama sampul surat kelas-kelas dengan jumlah murid dan meminta jasa baik bank untuk sorting. Orait juga, tak payahlah kami kira sendiri. Manalah tau short, puas saya nanti..
Misi petang Selasa yang gagal
Keesokan harinya, seawal pukul 8.45 pagi kami sudah berangkat sekali lagi ke bank. Sebaik pintu bank dibuka pada pukul 9.15 pagi, proses pengeluaran wang dan sorting wang berjumlah RM101,400.00 pun dilakukan. Lebih kurang pukul 10.30 baru semua urusan selesai dan kereta saya yang dipandu oleh cikgu Salmi dieskot oleh kereta Myvi polis. Masing-masing senyap dalam kereta - bimbang bawa duit banyak tu kot.
Belum pukul 9.00 pagi Rabu, kami dah berdiri di luar bank
Mujur bank tolong sorting
Dah siap - Sabar pegang wang Tahap 2
Saya kepit duit Tahap 1
Driver merangkap body guard GB
Kereta polis eskot dari belakang
Menghampiri sekolah, kelihatan sebuah kereta tersangkut tayarnya dalam lubang
Dah sampai depan pintu pagar utama sekolah
Kereta Myvi polis yang eskot dari belakang
Ibu bapa dah ramai menunggu
Terima kasih pak polisi
No comments:
Post a Comment