Thursday, November 17, 2011

Penyampaian hadiah Pasca UPSR

Adat bertanding ada yang menang dan ada yang kalah. Hari Selasa (15.11.2011) yang lalu, saya telah diminta menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang Program Pasca UPSR 2011, Banyak betul hadiah yang disediakan. Mana taknya, banyak aktiviti (klik di sini). Tahniah kepada guru-guru Tahun 6 yang telah mengendalikan program dan aktiviti tersebut dengan baik dan lancar. Semoga anak-anak murid mendapat banyak manfaat hasil daripada program tersebut. Masing-masing saya perhatikan membawa balik sekurang-kurangnya satu hadiah. Bahkan ramai yang dapat lebih daripada satu.
Murid-murid menerima hadiah
Antara guru-guru Tahun 6
Hadiah istimewa
Lagi hadiah
Murid-murid gembira dengan hadiah masing-masing
Menang lagi
Afiq mewakili rakan-rakannya
Good!
Luqman aka Jaffar Arabian Night
Cenderahati buat GB - terima kasih
Ucapan perangsang buat murid-murid Tahun 6

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...