Friday, January 29, 2010

Tahniah SKKW

Bukan nak menunjuk-nunjuk tapi teruja nak berkongsi kegembiraan ini dengan guru-guru, anak murid, ibu bapa, staf dan seluruh warga SKKW apa yang saya perolehi daripada pigeon hole sekolah di PPD petang ini. SKKW telah dianugerahkan 2 sijil pencapaian ekoran keputusan UPSR 2009 yang lalu. Saya akui pencapaian tersebut tidaklah sehebat mana berbanding sekolah-sekolah di daerah Petaling umpamanya. Saya pernah bertugas di Petaling Jaya sebelum bertukar ke Sepang. Rata-rata sekolahnya elit dan terbilang.
   Namun kami sangat bersyukur dengan kejayaan yang kecil ini walaupun bertaraf kampungan. Sejak lama guru-guru dan murid telah berusaha keras, akhirnya ada juga rezeki kami. Semoga pengiktirafan ini diharap dapat menjadi pemangkin untuk guru-guru berusaha lebih gigih lagi pada masa depan. Ayuh cikgu, kita teruskan perjuangan dalam mendidik anak-anak SKKW ke arah kecemerlangan. 
Lonjakan Kualiti Melebihi 5%
Pencapaian GPS Tertinggi
Terima kasih kepada pihak PPD atas penghargaan ini. Congratulations SKKW!

Thursday, January 28, 2010

Majlis Ramah Mesra AJK PIBG & warga SKKW

Tengah hari tadi sebagaimana yang dirancang telah diadakan Majlis Ramah Mesra AJK PIBG bersama seluruh warga SKKW. Majlis anjuran PIBG tersebut telah diadakan di tingkat 3, atas kedai Randau Cafe KW. Pengisian program adalah makan tengah hari dan sedikit ucapan dari YDP PIBG; Dr. Mohd. Rushdan. Saya pun minta laluan untuk berucap menyampaikan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG. Menurut YDP, majlis ini sepatutnya diadakan lebih awal tetapi oleh kerana kekangan masa ia hanya dapat diadakan pada hari ini. Kepada YDP serta seluruh kepimpinan PIBG, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan mengadakan program yang murni ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin erat ini akan berkekalan hendaknya. Insya Allah.
(Tahniah kepada Dr. yang baru menerima pelantikan sebagai Dekan USIM)

Randau Cafe milik En. Munir, salah seorang AJK PIBG

Pintu yang cantik menyambut kami di tingkat 3 Randau Cafe

Mengah juga naik tangga ni

Ustaz Irwan, salah seorang AJK PIBG mengalu-alukan kehadiran semua guru dan kakitangan SKKW

Beratur untuk mengambil makanan




Sedapnya lauk

Control senyum

Posing jangan tak posing

Buat macam rumah sendiri

Sorry kacau YDP Dr. dan ustaz Irwan makan
 

Cigu-cikgu lelaki relax jap panjang lagi beratur tu
Cikgu-cikgu praktikum prasekolah

Ayunya Rusnah

Pn. Rohani PIBG dan Pn. Shikin berbaju sedondon berlainan warna

YDP Dr. Mohd Rushdan menyampaikan ucapan bersulam falsafah yang sangat berharga
Khusyuk mendengar amanat dari YDP

Di samping AJK PIBG; En. Himily dan En. Munir

Terima kasih banyak atas jamuan hari ini

Wednesday, January 27, 2010

Al Fatihah

Lebih kurang jam 2.30 petang tadi, Ustaz Ideris bin Rebin pengusaha kantin SKKW telah kembali ke rahmatullah. SKKW dan seluruh penduduk Kota Warisan kehilangan seorang tukang masak yang tiada tandingannya dan imam surau yang sangat dihormati. Nasi beriani air tangan ustaz sangat terkenal di seluruh Sepang termasuk sekolah-sekolah di Sepang. Jenazah telah dibawa ke kampung Allahyarham di Muar, Johor jam 6.00 petang tadi. Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong bersama orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, January 25, 2010

Cadangan Reunion NPQH8

Satu rancangan reunion peserta program NPQH8 Institut Aminuddn Baki 2004 / 2005 telah diusahakan oleh sahabat kami; Awie dengan kerjasama mantan pensyarah IAB (Utara); Tn. Hj. Harun dan Tn. Hj. Shahabudin (Pak Su). Program ini akan diadakan di PERASA Auto Camp, Taiping, Perak milik Pak Su pada 15 dan 16 Februari 2010. Cadangan jadual adalah seperti berikut;
Hari Pertama
2.00 - 5.00 ptg : Pendaftaran
7.00 mlm : Solat dan Tahlil
8.00 - 8.30 mlm : House Keeping & Taklimat Program
8.30 - 10.00 mlm : Ceramah 1 – Tn Haji Abas Awang / Tn Haji Harun Mat Isa
Hari Kedua
8.00 - 10.00 pg : Ceramah 2 – Tn Haji Sahabudin
11.00 - 1.00 thari : Percambahan Minda & Sesi Dialog
- Penutup / Makan Tengah hari
- Check Out dan Bersurai
Semua peserta dan pensyarah IABU telah dijemput dan ramai juga nak hadir. Tak kurang juga yang tak dapat hadir kerana mempunyai komitmen lain. Saya dah plan nak pergi dengan Pah. Tadi saya dapat maklumat kak Aidah rakan kebanggaan kami yang sekolahnya (SK Zainab 2) telah tersenarai sebagai salah sebuah daripada Sekolah Beprestasi Tinggi (SBT) juga ingin turut serta. Beliau akan naik kapal terbang dari Kelantan dan turun di KLIA. Saya tak ada masalah untuk menjemput beliau dan sama-sama kita ke Taiping. Moga gambar-gambar di bawah dapat mengimbau kembali kenangan kita sepanjang pengajian NPQH itu. Kepada kawan-kawan yang free, jomlah kita memeriahkan majlis tersebut....
Bersama teman-teman seperjuangan
Di bilik kuliah IAB Utara
Sedang berehat
Sesi bakar BBQ sebelum jamuan
 
Jamuan makan malam di IABU
  
Semasa jamuan Rumah Terbuka pensyarah IABU; Tn. Hj. Harun
 
Lawatan ke SK Pendang
  
Lawatan ke sekolah di Phuket
  
Di Patong Beach sebelum dilanda tsunami
  
Bersama Pak Su sebelum peperiksaan akhir
  
Jamuan akhir
  
Bersama pensyarah; Pn. Norihan
  
Mural buah tangan kumpulan kami yang kini tinggal kenangan

Sunday, January 24, 2010

Baiki - A never ending story

Hari ni hari Ahad. Panggil En. Zamri untuk membaiki kerosakan-kerosakan di sekolah.

Van En. Zamri
Mula-mula minta dia ganti kipas di kelas 2 Setia dan 4 Ikhlas yang sejak awal tahun tak berfungsi. Masa dia check dulu, dia tak dapat ganti lagi kipas tu sebab bumbung kelas 4 Ikhlas tu bocor. Air turun ikut kipas tu sebab tulah dia rosak. Padahal kipas tu baru lagi diganti tak sampai setahun pun. Jadi selepas bumbung kelas itu dibaiki oleh Wak Indon minggu lepas, barulah boleh ditukar kipas tersebut.


Kerja-kerja mengganti kipas yang rosak di kelas 4 Ikhlas

Puas juga nak buat appointment dengan Mat Indon baiki bumbung ni. Panjang kesan simen yang dibuatnya
Kerja yang kedua ialah nak minta dia servis acond bilik mesyuarat. Pada hari Jumaat lepas dah mula meleleh air pada acond tersebut. Awal buka sekolah dulu kami dah panggil En. Zamri servis acond pejabat. Masa tu acond bilik mesyuarat okay lagi. Apa nak kata!
 
Aircond bilik mesyuarat yang bocor
Kerja yang ketiga ialah nak minta En. Zamri baiki label nama sekolah di tingkat 3 blok B yang dah tersenget. Saya perasan keadaan ni sejak 2, 3 hari kebelakangan ni. Nasib baik En. Zamri datang, boleh jugak minta tolong. Kalau tak, tak taulah cikgu-cikgu lelaki saya nak ke tidak membetulkannya.

Perasan tak label poskod sekolah no. 0 tu senget?

Gambar ini diambil dari tingkap kelas 6 Rasional
Banyak lagi label angka dan huruf tu yang dah mula nak tercabut. Dah lamalah, katakan. Kata En. Zamri, label ini kena digamkan dengan gam silikon pada paku dan bahagian atasnya. Apa-apalah En. Zamri! Kemudian baru saya perasan kelas 6 R ni memang cantik. Pada hal bilik darjahnya baru digunakan tahun ini. Memang kreatif guru dan murid-muridnya. Kelas lain kenalah juga ambil inisiatif yang sama untuk menceriakan kelas masing-masing.


Kelas 6 Rasional yang ceria
   Semasa saya hendak balik meninggalkan sekolah, tiba-tiba jaga mengadu lampu koridor hidup siang malam. Timer dah rosak. O..o.. ada-ada aje. Terpaksalah minta tolong En. Zamri tengok-tengokkan timer tu. Entah kat mana duduknya saya pun tak tau.
   Aduhai berapa banyaklah bil yang perlu dibayar untuk kos maintenance ni? Baiki kena baiki, untuk keselesaan dan keselamatan. Tapi peruntukannya terpaksa dikongsi dengan bil elektrik yang terpaksa ditanggung sendiri oleh sekolah mulai tahun ni. Tinggal berapa je nanti sebab bil elektrik sekolah ni dekat RM4 ribu sebulan. Harap cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengamalkan budaya penjimatan dalam era fizikal sekolah yang semakin tenat ini.

Saturday, January 23, 2010

Aktiviti hari Sabtu

Hari ni SKKW tak buat sekolah ganti sebab tak ambil cuti berganti Tahun Baru Cna. Tapi kat sekolah tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti. Selain daripada kelas tambahan Tahun 6, beberapa orang guru dan murid telah hadir mengemas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan bilik Pemulihan Khas. Beberapa orang guru lelaki juga telah datang membuat garisan di padang untuk latihan sukan minggu depan.

Mengemas Pusat Sumber Sekolah

Di bilik Penyelaras PSS
 
PSS SKKW ada dua tingkat

Tangga belah kiri naik ke tingkat atas PSS
 
Tangga belah kanan

Bilik Seminar di tingkat atas PSS

Di bilik Rujukan Guru

Di bilik Galeri

Kembar tak seiras

Posing ke buat kerja ni?

Mengemas sambil bermain apa yang patut

Penyelaras PSS; Pn. Normi Yahya dibantu oleh 2 orang guru praktikum; cikgu Sham Suhaila dan Azlin

Cikgu Siti Jamilah membawa suami dan anaknya mengemas bilik Pemulihan Khas

Bilik Pemulihan Khas menjadi kebanggaan warga SKKW
Guru-guru membuat garisan di padang

Cikgu Salmi, Nan, Zul dan Zahrul
 
Ckgu Abu membuat garisan sambil diperhatikan oleh Azlee dan Nan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...