Van En. Zamri
Mula-mula minta dia ganti kipas di kelas 2 Setia dan 4 Ikhlas yang sejak awal tahun tak berfungsi. Masa dia check dulu, dia tak dapat ganti lagi kipas tu sebab bumbung kelas 4 Ikhlas tu bocor. Air turun ikut kipas tu sebab tulah dia rosak. Padahal kipas tu baru lagi diganti tak sampai setahun pun. Jadi selepas bumbung kelas itu dibaiki oleh Wak Indon minggu lepas, barulah boleh ditukar kipas tersebut.
Kerja-kerja mengganti kipas yang rosak di kelas 4 Ikhlas
Puas juga nak buat appointment dengan Mat Indon baiki bumbung ni. Panjang kesan simen yang dibuatnya
Kerja yang kedua ialah nak minta dia servis acond bilik mesyuarat. Pada hari Jumaat lepas dah mula meleleh air pada acond tersebut. Awal buka sekolah dulu kami dah panggil En. Zamri servis acond pejabat. Masa tu acond bilik mesyuarat okay lagi. Apa nak kata!
Aircond bilik mesyuarat yang bocor
Kerja yang ketiga ialah nak minta En. Zamri baiki label nama sekolah di tingkat 3 blok B yang dah tersenget. Saya perasan keadaan ni sejak 2, 3 hari kebelakangan ni. Nasib baik En. Zamri datang, boleh jugak minta tolong. Kalau tak, tak taulah cikgu-cikgu lelaki saya nak ke tidak membetulkannya.
Perasan tak label poskod sekolah no. 0 tu senget?
Gambar ini diambil dari tingkap kelas 6 Rasional
Banyak lagi label angka dan huruf tu yang dah mula nak tercabut. Dah lamalah, katakan. Kata En. Zamri, label ini kena digamkan dengan gam silikon pada paku dan bahagian atasnya. Apa-apalah En. Zamri! Kemudian baru saya perasan kelas 6 R ni memang cantik. Pada hal bilik darjahnya baru digunakan tahun ini. Memang kreatif guru dan murid-muridnya. Kelas lain kenalah juga ambil inisiatif yang sama untuk menceriakan kelas masing-masing.
Semasa saya hendak balik meninggalkan sekolah, tiba-tiba jaga mengadu lampu koridor hidup siang malam. Timer dah rosak. O..o.. ada-ada aje. Terpaksalah minta tolong En. Zamri tengok-tengokkan timer tu. Entah kat mana duduknya saya pun tak tau.
Aduhai berapa banyaklah bil yang perlu dibayar untuk kos maintenance ni? Baiki kena baiki, untuk keselesaan dan keselamatan. Tapi peruntukannya terpaksa dikongsi dengan bil elektrik yang terpaksa ditanggung sendiri oleh sekolah mulai tahun ni. Tinggal berapa je nanti sebab bil elektrik sekolah ni dekat RM4 ribu sebulan. Harap cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengamalkan budaya penjimatan dalam era fizikal sekolah yang semakin tenat ini.
Aduhai berapa banyaklah bil yang perlu dibayar untuk kos maintenance ni? Baiki kena baiki, untuk keselesaan dan keselamatan. Tapi peruntukannya terpaksa dikongsi dengan bil elektrik yang terpaksa ditanggung sendiri oleh sekolah mulai tahun ni. Tinggal berapa je nanti sebab bil elektrik sekolah ni dekat RM4 ribu sebulan. Harap cikgu-cikgu dan murid-murid akan mengamalkan budaya penjimatan dalam era fizikal sekolah yang semakin tenat ini.
cantiknyer kelas tu.. boleh curi idea ni.. jgn mare cikgu
ReplyDeleteNo problem cikgu Isza, silakan. Saya percaya cikgu kelas 6R; Pn. Siti Zubaidah tak mare.
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletememang klas sekolah cikgu...
sekoalah ku syurga anak muridku..
banyak tanggung jawab guru besar. kelas cantik, boleh tiru. nak komen sikit je, kenapa Permaisuri dipisahkan oleh aircond drp YDP Agong? kesian dia..
ReplyDeletePak Long - Wsalam, tkasih. Tapi banyak kekurangan di sana-sini sekolah kami ni.
ReplyDeleteWan - Lama dah bincang pasal kedudukan tu tapi kalau nak dirapatkan, dia akan jadi rendah. Bukan sengaja dipisahkan cuma nak bagi dia nampak tinggi. Nazir pun dah maklum pasal ini. Dah fikir nak letak tempat lain, tak ada yang sesuai. Protokol, protokol juga tapi kena ikut dinding masing-masing.
salam pagi isnin.. bertuah pelajar sek tu ek.. dapat cikgu yang bertanggung jawab.. berwawasan berinovasi... prihatin lagi.. kalau nak kira kan.. abeli ni isnin hingga jumaat.. rutinya..setiap pagi dan tegahari.. tiga sekolah abeli masuk.. bukan pegi belajar..tp hantar anak 1.sek men keb inderapura jtut-anak tingkatan satu
ReplyDelete2.sek keb jerantut jaya..2 anak tahun2 dan tahun4
3.tadika sinaran jaya. anak bongsu( bongsu daun keladi)taman indrapura jln termerloh..
dah tua-tua begini rajin pulak abeli pergi sekolah masa sekolah dulu.. puas berperang pagi2 dgn mak.. kalau hari sekolah..
Salam Cikgu Aida..
ReplyDeleteselagi namanya tanggung jawab, segalanya terpaksalah ditanggung daripada terpaksa bersoal jawab.. betul tak? :)
ok tu. sori. kalau pengarah dtg dia tanya mana gambar dia je
ReplyDeleteRMY - Pelajar sekarang bertuah, banyak kemudahan kerajaan bagi. Cikgu pun rajin-rajin semata-mata nak memandaikan budak-budak tu. Harap semua murid tu tau menghargainya. Insya Allah kita bimbing mereka ke arah itu
ReplyDeleteKakcikseroja - Betul tu. Tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Keikhlasan penawar segala beban. Walaupun hasilnya tidak seberapa, yang penting kita dah lakukan
Wan - Gambar pengarah ada di pejabat. Kat bilik mesyuarat tu kosong gambar Menteri Besar je. Agung, PM, TPM lengkap. Hai harap janganlah ada pemantau yang cerewet tentang gambar-gamabar ni macam Wan... Banyak lagi kerja lain yang kita dah jalankan dengan kadar maksimum
Salam Cikgu..jauh berjalan luas pandangan..tajam fikiran..
ReplyDelete