Tengah hari tadi sebagaimana yang dirancang telah diadakan Majlis Ramah Mesra AJK PIBG bersama seluruh warga SKKW. Majlis anjuran PIBG tersebut telah diadakan di tingkat 3, atas kedai Randau Cafe KW. Pengisian program adalah makan tengah hari dan sedikit ucapan dari YDP PIBG; Dr. Mohd. Rushdan. Saya pun minta laluan untuk berucap menyampaikan ucapan terima kasih kepada AJK PIBG. Menurut YDP, majlis ini sepatutnya diadakan lebih awal tetapi oleh kerana kekangan masa ia hanya dapat diadakan pada hari ini. Kepada YDP serta seluruh kepimpinan PIBG, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan mengadakan program yang murni ini. Semoga hubungan silaturrahim yang terjalin erat ini akan berkekalan hendaknya. Insya Allah.
(Tahniah kepada Dr. yang baru menerima pelantikan sebagai Dekan USIM)
Randau Cafe milik En. Munir, salah seorang AJK PIBG
Pintu yang cantik menyambut kami di tingkat 3 Randau Cafe
Mengah juga naik tangga ni
Ustaz Irwan, salah seorang AJK PIBG mengalu-alukan kehadiran semua guru dan kakitangan SKKW
Beratur untuk mengambil makanan
Sedapnya lauk
Control senyum
Posing jangan tak posing
Buat macam rumah sendiri
Sorry kacau YDP Dr. dan ustaz Irwan makan
Cigu-cikgu lelaki relax jap panjang lagi beratur tu
Cikgu-cikgu praktikum prasekolah
Ayunya Rusnah
Pn. Rohani PIBG dan Pn. Shikin berbaju sedondon berlainan warna
YDP Dr. Mohd Rushdan menyampaikan ucapan bersulam falsafah yang sangat berharga
Khusyuk mendengar amanat dari YDP
Di samping AJK PIBG; En. Himily dan En. Munir
Terima kasih banyak atas jamuan hari ini
Bestnya. Mesti cikgu-cikgu sekolah lain jeles ni..Itu la balasan baik selepas bertarung dgn PIBG dulu tu. Sebab tu saya percaya kalau kita diberi 100 kesusahan, kita akan dibalas 100 kebaikan. kalau 1000 kesusahan maka 1000 kebaikan yang kita akan dapat. oleh itu, jgn sedih kalau kita diberi ujian dan cabaran serta kesusahan.
ReplyDeleteBukan tujuan untuk menjeleskan cikgu-cikgu sekolah lain. Saya percaya sekolah lain pun banyak program seumpama ini. Ujian dan cabaran asam garam hidup.
ReplyDeletesalam cikgu aida.. satu program yang.. baik mengerat kan hubungan cikgu dan pibg membincang kan masaalah yang di hadapi oleh pihak sekolah dan pibg.. tapi yang paling seronok dan menariknya.. time makan,,, kat sek anak saya... abeli dgn cikgu.. lepas makan berlonggok kat blakang kantin berborak sambil menyedut dan menhebus asap..nakotin.. abeli dgn cikgu sek men keb inderapura ngam sangat sebab abeli jurulatih dikir barat sek tu... tahun lepas naib johan..(sila jenguk http://dikirbaratphg.blogspot.com)
ReplyDeleteTahniahlah kepada pasukan dikir barat sekolah tu. Tahniah buat abeli juga
ReplyDelete