Friday, January 22, 2010

Mesyuarat Sukan

Selesai perjumpaan ibu bapa tahun 6, pada sebelah tengah harinya pula telah diadakan Mesyuarat Sukan dan Merentas Desa. Merentas Desa akan diadakan pada 3.2.10 dan sukan pula akan diadakan pada 20.2.10. Kami sangat bertuah sebab mesyuarat ini telah mendapat tajaan pizza dari seorang ibu kepada murid UPSR 5A tahun lepas. Beliau ialah Pn. Mimi ibu kepada Nik Nurin Qistina yang sekarang ni sedang menyambung pelajarannya di Kolej Yayasan Saad. Tahun ini, ada seorang lagi adiknya; Nik Nurin Khalishan juga akan menduduki UPSR. Semoga Khalishan akan dapat mengikut jejak langkah kakaknya yang sangat berbakat dan inteligent itu. Terima kasih banyak Pn. Mimi. (Tahun ni SKKW dapat 4 orang cikgu baru yang bernama Fiza - sebab tulah dapat makan pizza kot)
    Cikgu-cikgu bagi isyarat kepada saya supaya mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam blog. Hai cikgu-cikgu pulak yang naik syok dengan blog saya. Apapun terima kasih para peminat setiaku.


Jamu selera sebelum mesyuarat

Seronoknya

Terima kasih daun keladi emak Nurin
 
Last kopek

Setiausaha Sukan; cikgu Abu menyampaikan taklimat sukan dan merentas desa
 GB berharap agar semua guru dapat memberi kerjasama yang baik terhadap kedua-dua program ini

Semoga merentas desa dan sukan kali ini dapat berjalan dengan lancar dan penuh semangat kesukanan. Terima kasih kepada PIBG kerana telah sudi menampung keseluruhan perbelanjaan mengadakan kejohanan sukan ini. Majulah Sukan untuk Negara!

12 comments:

  1. salam cikgu aida.. kalau buka je blog kisah cikgu ni.. teringat satu dailog yang cukup popular..
    "cikgu suka main bola.. hari-hari cikgu main bola....."

    ReplyDelete
  2. itu dulu, sekarang ni;

    "cikgu suka layan blog, hari-hari cikgu layan blog....."

    hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam RMY-Abeli. Dialog tu takkan hilang selagi hayat dikandung badan.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Usop. Baru-baru ni okaylah. Lama-lama sok mungkin tak lalu juga nak melayan hobi ni.

    ReplyDelete
  5. macam tahu je.. cikgu2 yg terlibat dengan perjumpaan ibu bapa thn 6 pagi tadi memang kelaparan..

    ReplyDelete
  6. Apa nak kata Aminah. Sekolah tak ada bajet. Lapar tu kan satu pengorbanan. Banyak lagi pengorbanan yang perlu kita lakukan untuk memajukan anak-anak didik kita. Semoga terus bersemangat!

    ReplyDelete
  7. Nanti arrange satu tarikh, saya pula belanja pizza untuk kawan-kawan GB Sepang. Ada kawan tuntut tu.

    Hari tu masa Cg.Amarah belanja makan di Shah Alam, kita lupa nak ambil gambar, masuk blog. Rugi..

    ReplyDelete
  8. alamak! ruginyerrr x dpt mkn pizza smlm...

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Aida
    Moleknya suasana mesyuarat & bilik mesyuarat! Semangat bersungguh-sungguh mesyuaratnya pun ketara. Semoga program merentas desa & sukan tahunan berlangsung dgn sempurna.

    ReplyDelete
  10. Wan : Best tu. Bilalah dapat berkumpul nak makan belanja Wan. Tungguuuuu... Yalah tak teringat pulak nak ambil gambar masa kak Ct Amarah belanja makan kat Shah Alam hari tu. Next change kay.

    ReplyDelete
  11. Fida : Tak pe, nanti kita war-warkan kat para dermawan yang sudi menyumbang pizza lagi sempena kejayaan tempat pertama B.Inggeris UPSR 2009 SKKW peringkat daerah Sepang. Tahniah guru-guru BI semua.

    ReplyDelete
  12. Salam tn. Temuk. Tkasih sudi singgah lagi. Kalau ada kelapangan, datanglah ke kejohanan sukan SKKW tu nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...