Tuesday, January 19, 2010

Kisah pokok kelapa


Dalam kawasan SKKW terdapat banyak pokok kelapa yang juga dikenali sebagai pokok 'palm' yang telah ditanam oleh pihak pemaju. Memang cantiklah juga lanskap sekolah dengan adanya pokok-pokok kelapa ni. Tapi akhir-akhir ini pokok-pokok kelapa tu dah tinggal sikit. Kebanyakannya telah ditebang sebab dah mati. Ada juga yang ditebang setelah dibakar oleh pihak bomba selepas sekolah mengadu tebuan bersarang dalam masa 2, 3 hari aje.
  Tapi ada sebatang pokok kelapa ni yang sangat unik. Pokok kelapa ini seolah-olah menyambut tetamu sebab ia berada di hadapan pintu depan sekolah. Ia terletak dekat dengan parking kereta GB.
 
Pokok ini sangat istimewa sebab ia tak tumbuh ke atas. Ia membengkok ke bawah menyembam ke sebongkah batu yang saya kira diletakkan oleh pemaju. Kat Kota Warisan ni memang banyak bongkah-bongkah batu yang mengindahkan pemandangan di taman ni.

Apa yang uniknya pokok kelapa ini ialah ia tunduk ikut arah kiblat. Seolah-olah pokok kelapa ini sedang ruku'. Allahu Akbar...
 
Sekitar tahun 2005 dulu, masa tu sekolah ini baru 2 tahun dibuka, penduduk kat sini termasuk ustaz dan pak imam ada mengadu kepada saya yang mereka selalu ternampak ada beberapa orang sedang "melakukan sesuatu" kat pokok ini seolah-olah memuja nombor. Perbuatan itu dilakukan dalam pukul 2.00 - 3.00 pagi. Mereka mengesyaki pengawal keselamatan sekolah saya yang melakukannya. Saya telah bertanya kepada pengawal-pengawal tersebut tetapi mereka menafikannya. Jaga-jaga tu pun dah lama berhenti kerja.

 Semasa cuti panjang sekolah hujung tahun 2005 tu, staf sekolah saya yang ketika itu cuma 2 orang saja (1 kerani dan 1 PAR) selalu mengadu merasa "lain macam". Macam-macam bunyi mereka dengar. Tambahan pula, Ketua Guru KAFA yang sering datang ke sekolah masa cuti tu pun mengatakan yang beliau pun terdengar bunyi-bunyi itu. Malah, ada sekali dua tu, cikgu-cikgu saya pun menceritakan beberapa peristiwa pelik di sekolah. Barangkali ada perkaitan antara aktiviti memuja pokok kelapa dan senario mistik ini. Entahlah, pening juga saya dibuatnya ketika itu.
   Bukannya saya nak cakap besar tapi saya memang tak pernah dengarlah bunyi-bunyi pelik tu. Saya selalu juga balik lambat dan tinggal seorang di pejabat sampai lewat petang. Kerap kali juga saya datang ke sekolah pada sebelah malam untuk membuat kerja. Tahun 2004 dulu masa saya buat program sandaran NPQH selama 6 bulan, saya duduk di bilik APD Pusat Sumber tingkat 2 sorang-sorang sampai petang.
 
Tapi itu cerita tahun 2005. Sekarang ni dah tak ada kedengaran lagi dah. Staf, guru dan murid pun dah ramai. Semua bilik di tingkat 3 tu dah dijadikan kelas. Pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama. Sejak beberapa tahun ni setiap Jumaat sebelum masuk ke kelas, semua guru dan murid akan membaca surah Yaasiin di tempat perhimpunan. Moga cerita-cerita lama itu tidak akan berulang lagi. 
   Dan tak taulah berapa lama lagi hayat pokok kelapa unik ini.

11 comments:

  1. Pelik pokok kelapa tu.. Tapi kalau dah ada yg buat mende tak molek,tebang je la..he he

    ReplyDelete
  2. Itu cerita lama. Tak ada dah yang buat kerja khurafat tu. Hampir nak tebang dulu tapi dek kerana keunikan dia mengadap kiblat tu, sayanglah pulak.

    ReplyDelete
  3. Salam Aida. Benda yang pelik apabila dilihat oleh orang beriman akan bertambah imannya. Tetapi apabila dilihat orang yang jahil agama, akan bertambah sesat jadinya. Apabila kita melihat sesuatu yang ganjil di luar kebiasaan adat, katakanlah Masyallah..

    P/s Ejaan betul bagi lanskap ialah landskap.

    ReplyDelete
  4. Salam Aida,

    kakcik setuju dengan Babah. Paling sedih yang jahil itu kebanyakannya 'orang kita'. :(

    ReplyDelete
  5. saya pun perasan ada pokok kelapa unik dkat skkw..... seolah2 memberi hormat kepada tetamu yg datang.

    ReplyDelete
  6. Mybabah : Masya Allah

    Kakcikseroja : 'Orang kita' memang suka gitu. Terutama yang kurang ilmu

    En. Haire : Pokok tu pun sekolah, sebab tu dia pandai hormat orang

    ReplyDelete
  7. Ini pokok kelapa yang sedang penat ni cikgu..

    ReplyDelete
  8. Relevan : Memang penat sangat pokok ni.

    Relevan : Ajaib ke? Boleh masuk Malaysia Book of record ni hehe

    ReplyDelete
  9. ALLAH HU AKBAR Aida itu adalah petunjuk yang di beri pada kite oleh Maha Pencipta kepada manusia yang boleh berfikir untuk muhasabah diri. Jadilah ia sebagai bahan keinsafan kepada seluruh nurid, guru dan komuniti malah seluruh manusia di muka bumi ini... Sekirenya pokok boleh menyembah bumi diatas sunahtullah Allah maka manusia yang lalai solat ats perintah Allah wajib jadikan ini sebagai ikhtibar.Ini adelah kelebihan kote warisan...

    ReplyDelete
  10. Salam kak Milah. Kita ambillah iktibar dari setiap kejadianNYA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...