Thursday, January 21, 2010

Perjumpaan Ibu bapa Thn 6

Pagi tadi telah diadakan satu perjumpaan ibu bapa tahun 6 yang juga dikenali sebagai "Majlis Permuafakatan Kecemerlangan UPSR 2010". Program ini telah diadakan di dewan kelas Tahun 2. Ramailah juga ibu bapa yang hadir terutama para ibu. Terima kasih YDP PIBG, Dr. Mohd Rushdan yang telah sudi hadir merasmikan majlis ini. YDP telah mencadangkan agar bayaran kelas tambahan yang selama ini telah ditetapkan sebanyak RM20.00 sebulan dinaikkan kepada RM30.00 sebulan bagi menampung kos bahan fotostat, buku, jamuan murid serta pembayaran saguhati kepada guru. Alhamdulillah semua ibu bapa yang hadir bersetuju sebulat suara. So Februari ni akan mula kutip RM30.00. Dan tak perlulah lagi hujung tahun mohon dari PIBG bayaran insentif tersebut.
   Majlis dimulai dengan bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, ucapan perasmian YDP PIBG, taklimat wakil guru mata pelajaran BM, BI, Matematik, Sains dan Agama. Akhir sekali sesi dialog. En. Munir; AJK PIBG yang turut hadir telah mencadangkan agar bahan power point yang dipaparkan tadi diperbanyakkan untuk diedar kepada semua ibu bapa Tahun 6 dengan kosnya ditanggung oleh PIBG. Tq again.
 
Terima kasih Awi atas bahan yang diberi. Dapatlah kami edit untuk ditayangkan

Sebahagian ibu bapa dan guru yang hadir

Cik Syarfiza; guru Kaunseling mengacara majlis

Ucapan aluan GB

 YDP PIBG menyampaikan ucapan perasmian dengan begitu bersemangat sesuai dengan jawatannya sebagai pensyarah USIM

GPK 1; Pn. Sa'diah membentangkan pencapaian dan target UPSR, data-data TOV serta program
 
 Pn. Siti Zubaidah memberi taklimat BM

GPK HEM; Pn. Noor'ashikin memberi taklimat BI

Guru Matematik; Pn. Siti Aminah

Cikgu Sains; En. Mohd. Fakhruddin

Guru Agama; Pn. Asiah

En. Munir dengan 10 idea yang sangat bernasnya

Seorang lagi bapa semasa sesi dialog
(Sorry gambar-gambarnya gelap. Bukan boleh zoom kamera ni)

2 comments:

  1. bersama kita berdoa kejayaan semua anak didik kita.... kepada rakan guru, semoga terus tabah dan bersemangat berjuang demi masa depan semua murid.

    ReplyDelete
  2. Begitulah hendaknya. Berdoa dan berusahalah demi kejayaan bersama

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...