Friday, March 26, 2010

AGM Surau

Dah larut malam ni. Saya baru balik dari Mesyuarat Agung Khas Pemilihan Jawatankuasa Surau Al-Hijrah Kota Warisan. Majlis dipengerusikan oleh nazir Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi; ustaz Hakim. Menurut tuan nazir tu, surau ini merupakan surau pertama yang melaksanakan pencalonan dan pemlihan daripada 7 buah surau yang berada di bawah zon Masjid Sultan Hishamudin BBST. Syarat yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS : mesyuarat pemilihan mestilah dipengerusikan oleh nazir masjid. Mereka yang berjaya akan memegang jawatan berkenaan untuk tempoh 2010 - 2013. Walau bagaimanapun, jawatankuasa lama hanya akan dibubarkan berkuatkuasa pada bulan Jun 2010. 
   Pendaftaran dimulakan selepas bacaan Yaasiin sebelum masuknya waktu Isyak......
Pendaftaran kaum muslimin
Kaum muslimat mendaftar
En. Hamdan - Pengerusi Surau sekarang
Muslimat dengan borang undian
Dikelilingi peminat setia
Taklimat cara pengundian oleh En. Zuraidi
Antara kaum lelaki yang hadir
Kaum wanita pun nak menjalankan tugas mereka
Nazir Masjid BBST; ustaz Hakim selaku pengerusi AGM
Pencatat mencatat senarai nama calon
Borang-borang undian dikutip untuk dikira
Calon-calon AJK memperkenalkan diri
   Hasil pengiraan terhadap borang-borang undian, berikut adalah keputusan yang diperolehi;
Pengerusi : En. Hamdan
Imam         : Imam Shukran
Bilal           : En. Suhaimi
Siak          : En. Jamaludin
Pemuda   : Ustaz Zairul
Wanita     : Ustazah Che Norlia
Bilal Jenazah Muslimat : Hjh Azizah
AJK          :
1. En. Nor Aziz
2. Hj. Manaf
3. Hj. Majid
4. Ustaz Radzi
5. Ustaz Irwan
6. En. Yusharizal
7. En. Nazri
8. Cik Mumtazah
9. Hj. Jamaludin
10. En. Nordin
11. Hj. Ishak
    Pengerusi mengucapkan tahniah kepada yang berjaya. Beliau berharap agar AJK yang dipilih dapat menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin bagi menguruskan rumah Allah ini. Semoga kerjasama dan muafakat yang diterjemahkan oleh kariah hari ini dapat diteruskan pada masa depan demi kepentingan penduduk di Kota Warisan ini. Diharap juga agar semua pihak dapat memberikan komitmen kepada AJK dengan hadir dan memberi sokongan terhadap apa jua program yang akan dirancang dan dilaksanakan nanti.
 Bergambar sat.....

4 comments:

  1. wah! sehingga tgh mlm pon msh sempat publish entry ye....bagus3

    hehe

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu usop. Pagi ni terlambat bangunlah pulak hehe

    ReplyDelete
  3. Salam!! Tahniah! masih ada masa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam yang baik. P/s Aida Ali - Salam kembali, Faham, teruskan tanggungjawab, InsyAllah selepas pencen nanti barulah buat apa yang kita teringin nak buat sebelum ini. Doakan selalu mohom dipanjangkan umur... Marilah sama2 kita berdoa : ya Allah panjangkan umur kami agar kami dapat terus berbakti... Amin.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu Yang. Amin amin ya Rabbal Alaminnn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...