Tuesday, March 23, 2010

Maulidur Rasul SKKW

Hari ini 7 Rabiulakhir 1431H, sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat SKKW. Program ini agak lewat diadakan kerana bertembung dengan pelbagai program sekolah dan jadual penceramah. Apapun bukan bulan yang menjadi keutamaan, yang penting majlis tahunan ini dapat diadakan demi menanam rasa kecintaan terhadap junjungan besar kita; Nabi Muhammad S.A.W.
   Penceramah yang dijemput khas ini adalah seorang ustaz yang mengajar di SMK Jeram. Beliau juga adalah salah seorang daripada Jurulatih Utama Unit Dakwah di JPN Selangor. Ceramah beliau sangat menambat hati murid-murid dan guru-guru. Pengkisahan sejarah dan peribadi Nabi diselang-seli dengan nyanyian, puisi dan dialog serta mimik muka yang sangat menarik. Sistem siaraya sumbangan PIBG telah lebih menyerlahkan lagi persembahan beliau. Syabas dan terima kasih buat ustaz Kamil bin Sidek. Tahniah juga kepada anak-anak murid yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik; berdisiplin dan memberi sepenuh tumpuan kepada majlis ilmu hari ini. Semoga kita mendapat pahala yang melimpah ruah kerana hadir dan menghayati dengan penuh tawaduk isi ceramah yang disampaikan.
Macam biasa backdrop kena ada
Macam biasa Din jadi mc - dapat pujian dari penceramah
Bacaan doa oleh ustaz Firdaus
Khusyuk mengaminkan doa
GB bersama penceramah - ustaz Kamil b. Sidek
Adik Arash Ridzuan memperdengarkan ayat-ayat suci Al Quran
Pemandangan dari belakang dewan
Ucapan aluan GB
Barisan GPK yang serius memberi perhatian
Bersedia menjalankan tugas yang diberi
Sebahagian guru yang sempat dirakam
Kelebihan orang yang hadir majlis ilmu:
1) Mendapat doa para malaikat
2) 1 langkah 1 pahala gugur 1 dosa
3) Mendapat doa makhluk-makhluk Allah yang lain
Satu-satu sayang pada Allah
Dua-dua sayang Rasulullah
Tiga-tiga sayang ibu bapa
Empat-empat sayang semuanya
Persembahan nasyid dari penyanyi-penyanyi yang 'pemalu'....
Syukran ya ustaz
Selesai majlis, seperti biasa tetamu dan semua guru menikmati jamuan yang disumbangkan oleh pihak kantin serta sumbangan potluck dari guru-guru dan staf. Murid-murid juga dapat makan free hari ini. Pihak sekolah juga mengambil kesempatan jamuan tersebut untuk meraikan perpisahan Pn. Nora cc sekolah yang akan bertukar ke KPM mulai Khamis ini. Nora dijemput memberikan sepatah dua kata dalam majlis yang simple tersebut.
Antara guru yang berada di kantin
Mohon maaf atas kesilapan sepanjang berkhidmat di SKKW
Sebak
Cenderahati dari Kelab Guru dan Kakitangan
Cenderakenangan dari teman-teman di pejabat

10 comments:

  1. sekolah saya masih belum berkesempatan nak buat sambutan maulidurrasul ini...insyaAllah dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  2. Jangan risau cikgu Sonata. Buat hujung tahun pun tak apa. Tanda kita memperingati kelahiran Nabi setiap masa.

    ReplyDelete
  3. tahniah krn skkw tiap thn adakan sambutan maulidurrasul...tp thn ni xde perarakan yer?
    klu x silap,thn lepas ade perarakan...

    ReplyDelete
  4. nampak mcm sedondon ler pulak baju gb dgn baju penceramah tu....hehe

    ReplyDelete
  5. Cik Shin-Ju : Haah tahun ni tak ada perarakan. Yang penting ceramah tu.

    Cikgu Sop : Yelah macam sedondonlah pulak. Kebetulan je tu.

    ReplyDelete
  6. salam buat kak aida..
    kim salam ngan DJ tu...

    ReplyDelete
  7. Insya Allah.... Din, pak long kirim salam. (Din memang selalu baca blog saya ni hehe)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum, hehehe apakan daya kak aida, orang lelaki aja yang suka berkawan dengan saya nih...tapi kak Aida selalu masuk blog saya kan...

    ReplyDelete
  9. Meriah betul majlis Maulidur Rasul kat sekolah kak Aida tu yee...Saya tumpang gembira aja..

    ReplyDelete
  10. Wsalam dik Lipislady..... Mesti mesti, akak memang selalu masuk blog aok. Sentiasa segar dan bahasa yang selamba lagi mencuit hati. Aok sebenarnya ramai peminat... Majlis tu macam biasa-biasa je, taklah meriah sangat - pengisian menjadi keutamaan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...