Tuesday, March 16, 2010

Majlis Kunjungan Hormat

Sebagaimana yang dirancang, jam 2.30 petang tadi berlangsunglah Majlis EXCO MGB Selangor Bersama Pengarah JPN Selangor; Tuan Sulaiman bin Wak di Kelab Shah Alam. Saya selaku Setiausaha MGB Daerah Sepang telah hadir bersama YDP MGB Sepang; En. Yahaya bin Om. Kesemua YDP dan Setiausaha 10 MGB daerah berserta pegawai-pegawai MGB negeri telah hadir untuk beramah mesra dan mendengar amanat dari Tuan Pengarah. Menurut Tuan Pengarah, beliau akan cuba turun ke daerah-daerah untuk bertemu dengan Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar dengan lebih dekat lagi.
   Moga majlis ini dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat antara Tuan Pengarah dengan Guru-Guru Besar yang merupakan pelaksana di peringkat akar umbi.Terima kasih tuan kerana sudi memperuntukkan masa bersama kami dalam majlis yang sungguh bermakna ini.
Majlis ini asalnya dinamakan Majlis Kunjungan Hormat
 Bersama kak Ainon S/u MGB Petaling Utama, kak Nor Azian S/u MGB Hulu Selangor dan kak Mariah S/u MGB Petaling Perdana
 
Setiausaha MGB Selangor; En. Hasim sedang menyampaikan taklimat sebelum majlis bermula
Sebahagian EXCO yang hadir

 Ahli Jawatankuasa perempuan yang hadir
 Pengarah tiba tepat jam 2.30 petang
YDP MGB Selangor; Hj. Halim menyampaikan ucapan aluan
Ucapan Pengarah jelas menunjukkan beliau seorang yang mesra, prihatin dan sangat berwawasan
 Pengarah menjawab persoalan-persoalan yang disuarakan oleh EXCO
Bergambar kenangan bersama Tuan Sulaiman bin Wak
Cenderahati tak seberapa dari MGB Selangor

6 comments:

  1. Aida,
    Semoga kunjungan itu memberi kesan positif.

    ReplyDelete
  2. salam Kak Aida..
    memang kehormat betul..ramai pegawai kerajaan dan exco negeri yang datng ye..tahniah dapat dilaksana sebaiknya majlis tersebut..

    ReplyDelete
  3. salam buat kak aida...
    wahh..meriah majlis tu....
    MGB.majlis guru besor-besor..gurau jer kak..

    ReplyDelete
  4. Salam mantan. Pada hemat saya, majlis tersebut banyak memberi kesan positif dalam menjalin hubungan dengan boss kami tu. Insya Allah.

    ReplyDelete
  5. Salam Zul. Terima kasih rajin jenguk blog akak. Exco ni kira nama glamor. Nama hariannya adalah AJK hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih juga buat Paklong kerana selalu bagi komen. Kirim salam kat Maklong yek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...