Wednesday, March 17, 2010

Kelas Tambahan Tahun 6

Cuti sekolah ni, murid-murid dan cikgu-cikgu Tahun 6 datang ke sekolah sebab ada kelas tambahan. Kelas diadakan pada hari Isnin - Khamis dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Terima kasih cikgu-cikgu, semoga usaha kalian akan dibalas Allah dengan kejayaan buat anak-anak murid kita. Buat murid-murid, syabas cikgu ucapkan. Berikan tumpuan dan perhatian kepada subjek yang dipelajari. Kekalkan momentum yang positif ini sehingga saat berada di dewan semasa menduduki UPSR kelak. Kepada yang tidak hadir, bersedialah dengan surat berserta alasan yang kukuh. Cikgu berharap agar segala perancangan sekolah mendapat kerjasama dari semua murid dan ibu bapa tanpa kecuali kerana setiap seorang menyumbang kepada keputusan keseluruhan sekolah. Itu kena ingat....!
Kelas Science Din
 Kelas English Shikin
 Kelas Science Azlee
Kelas English Fida

2 comments:

  1. Salam cikgu, di sekolah anak sy pun buat kelas tambahan 8am - 1pm. Sy mmg berdebar thn ni sbb ank amik upsr, moga segalanya berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Intan. Saya doakan anak Intan akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSRnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...