Wednesday, March 17, 2010

Mesyuarat AJK Muslimat

Assalamualaikum w.b.t. Ni saya baru aje balik dari Mesyuarat AJK Muslimat Surau Al-Hijrah Kota Warisan kali I / 2010 yang diadakan di pejabat surau. Saya adalah Naib Setiausaha JK Muslimat tu. Kira bantu Setiausaha; kak Rubi menaip-naip minit, buat surat panggil mesyuarat, flyers, buku program dan seumpamanya. Cikgulah katakan. Mesyuarat bermula pukul 9.30 malam tadi dan telah berakhir pada jam 11.00 malam. Antara lain, kami telah berbincang tentang program-program muslimat dan persediaan menghadapi Mesyuarat Agung Surau yang akan diadakan pada 17 April 2010 nanti.
   Di antara program muslimat yang telah dirancang adalah lawatan ke Yayasan Al-Jenderami, program sukan muslimat serta Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Muslimat yang akan diadakan di surau sebulan sekali iaitu pada setiap hari Jumaat minggu pertama jam 8.00 pagi bermula 2 April ini. Semoga segala perancangan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya sebagaimana program-program kami yang lepas. Insya Allah.
Perbincangan sebelum mesyuarat bermula
Di luar pejabat, kaum muslimin masih berbincang
Ustazah Che Norlia mempengerusikan mesyuarat
Suasana mesyuarat serius tetapi ceria
Bersama Ain, kak Hadisah dan Azah

6 comments:

  1. salam buat kak aida...
    moga apa yang dimesyuaratkan akan dapat dijalankan....salam buat kak aida

    ReplyDelete
  2. sy pon berharap dan mendoakan yg sedemikian jugak, amin!

    ReplyDelete
  3. Salam paklong. Program sukarela begitu memerlukan semangat yang kuat. Itupun masing-masing dok sebut nak letak jawatan. Kita yang bekerja ni lagilah tak larat tapi layan jugalah mana yang termampu.

    ReplyDelete
  4. Salam ybs. Amiiinn... Moga semua berjalan lancar

    ReplyDelete
  5. ade diantara yg dlm gambar tu sya kenal coz sya pun dok kota warisan...;)

    ReplyDelete
  6. Selamat berkenalan cik Shin-Ju. Kalau jumpa saya, tegur-tegurlah yek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...