Wednesday, March 17, 2010

KPT dapat tukar

Dua hari lepas, sekolah telah menerima surat kelulusan permohonan pertukaran Ketua Pembantu Tadbir (KPT) @ 'chief clerk' (cc) kami; Pn. Nora bt. Mohd. Nor ke Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM, Putrajaya mulai 15 Mac 2010. Tahniah buat Nora! Beliau baru lebih kurang 6 bulan bertugas di SKKW. Sebelum ini, beliau bertugas di Lembaga Peperiksaan di KPM. Pertukaran tersebut sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah beliau yang terpaksa berulang jauh dari rumah beliau di Kuarters Kerajaan Putrajaya ke sekolah. Ibarat kata, "Sirih Pulang ke Gagang". 
   Kami mendoakan agar Nora gembira dan sejahtera bila bekerja di KPM semula. Walaupun kita hanya sempat seketika sahaja bersama Nora, tetapi telah wujud keserasian di antara kita. Namun apakan daya, jodoh kita tak lama. Harapan moga Nora tidak melupakan kami di sini. Jika berkelapangan, jenguk-jenguklah kami. Pintu sekolah ini sentiasa terbuka menanti kehadiran Nora. Mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran saya dan seluruh warga SKKW buat Nora dan keluarga. Terima kasih atas segala-galanya. Kenang daku dalam doamu.
 Pn. Nora - cc pertama SKKW
Di bilik GB
Norini - teman rapat Nora
Jasamu kukenang
Staf - Ani, Linda, Farah, Odie dan Zanie. 3 lagi cuti
Bersama staf serta Zubaidah, Fauzidah dan Ilham

6 comments:

  1. staf sokongan semuanye pompuan ye....

    hehe

    ReplyDelete
  2. Ramai bertukar selepas cuti ni yer cikgu?..

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya gitulah, cikgu Usop. Kira "Queen Control" pejabat saya ni hehe

    ReplyDelete
  4. Salam en. relevan. Setakat ni sorang tu je yang bertukar

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, lama tak singgah blog akak, dah berwajah baru rupanya...

    ReplyDelete
  6. Wsalam dik. Sibuk ke? Wajah baru, orang masih lama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...