Tuesday, November 8, 2011

Taklimat Persediaan Sesi Persekolahan

Walaupun kebanyakan sekolah bercuti peristiwa Hari Raya Haji hari ini tetapi Pengetua dan Guru-Guru Besar lima buah daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang dan Petaling Utama telah berkumpul di Auditorium SJK(C) Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya untuk mendengar taklimat Persediaan Sesi Persekolahan Akhir Tahun 2011 dan Awal Tahun 2012. Saya dan beberapa orang GB serta Pengetua Sepang telah menaiki bas yang disediakan oleh PPD untuk datang ke sini. Alhamdulillah kali ini perjalanan lancar tidak seperti rombongan Sepang yang lepas - jalan tak jem dan cuaca pun baik.
   Bas bertolak dari PPD Sepang lebih kurang jam 6.50 pagi dan sampai di lokasi taklimat lebih kurang pukul 8.00. Teruja dengan kehebatan SJK(C) Chee Wen ini - auditoriumnya 3 tingkat! Bangunan sekolahnya kelihatan sungguh gah. Bahkan kerusi meja kantinnya pun sangat mewah serta bersistematik. Tahniahlah kepada Guru Besar, warga  SJK(C) Chee Wen serta komuniti setempat yang tentu sekali menjadi tulang belakang kepada kecemerlangan sekolah ini.
Pendaftaran dan menerima beg berisi sarapan
Delegasi Sepang beratur untuk mendaftar
Duduk depan barisan ketiga
Antara yang hadir
Taklimat I disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah JPS
Warga baru MGB Sepang - welcome back En. Ishak
Semasa Rehat - apa yang diperhatikan tu?
Rupanya kipas gergasi ini yang menarik perhatian
Sambung slot seterusnya - En. Sukimin dan En. Yahaya khusyuk
Giliran Tuan Pengarah JPS menyampaikan taklimat
Taklimat yang sangat berinformasi lagi berintegriti
Makan dulu sebelum balik

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...