Sunday, January 3, 2010

Alang daftar SMT Sepang

Hari ni hantar Alang Emil daftar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Sepang. Ada 3 tempat kena lapor. Pertama di kelas; bayar yuran dan ambil buku teks. Kedua di dewan terbuka; kena bagi dokumen-dokumen termasuk slip gaji. Kemudian cikgu bagi borang pengesahan bayaran asrama Ada yang kena RM1.00 sehari, ada yang kena RM3.00 sehari (berdasarkan pendapatan ibu bapa). Ketiga di bilik penyelia asrama; kena bayar yuran asrama. Lepas tu baru ke dorm hantar barang dan dapat katil & locker. Banyaknya stop dan yang paling tak tahan kena beratur panjang untuk bayar yuran asrama. Dahlah panas, kaunter yang disediakan hanya 2 saja. Ada yang dah beratur hampir 2 jam. Riuh jugalah ibu bapa yang hadir tu. Sehinggalah datang seorang guru mengumumkan bahawa bayaran boleh dibuat esok oleh anak masing-masing, barulah lega. Kalau semua bayar kat guru kelas kan senang..... Buat Alang semoga lulus dengan cemerlang dalam SPM yang bakal dihadapi. Lakukan yang terbaik, Insya Allah berjaya!

Alang (kanan) dengan kawan-kawan dia

 Posing sambil beratur 

Beratur ni nak bagi dokumen & nak dapat pengesahan jumlah yuran asrama yang perlu dibayar
 
Ayu menemani Alang beratur nak bayar yuran asrama. Penat giler selepas sejam beratur
 
Menanti giliran dengan penuh sabar

10 comments:

  1. Cikgu Aida,
    Begitulah peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Hari ini juga saya baru selesai menghantar anak yang bongsu masuk form 1 di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi bagi memasuki kelas Aliran Agama di situ. Nampaknya dia mengikut jejak abang dan kakaknya tinggal di asrama mulai Tingkatan 1 dan yang paling penting semua anak2 saya ikut jejak ayahnya tinggal di asrama sejak Tingkatan 1 sehingga tamat belajar dan bekerja. Akhirnya kita akan tinggal berdua aje di rumah. Kau pandang aku dan aku pandang kau. Itulah hakikat yang akan dihadapi oleh setiap yang bergelar ibu dan bapa.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, semuga Alang berjaya dalam SPM, anak bujang saya akan menduduki SPM juga tahun ni...

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya utk alang...alang alang menyeluk pekasam aida biar sampai penat...macam macam kaedah pengurusan...pada aku, bila ibubapa dah datang dgn membawa duit,dokumen dll sekolah kena buat satu sistem agar semua duit dan dokumen tu dapat diambil dgn kadar segera...zaman sekarang orang semua nak cepat...smt kan ada banyak cikgu...dari pengalaman aku mengajar sekolah menengah yang besar besar...hari pendaftaran semua guru kena beri kerjasama dan satu agenda kritikal disekolah...Pengetua juga perlu hadir untuk membuat keputusan dan melayan ibubapa..pk menjadi rujukan jika ada masalah....betul tak GBC?

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Faris. Semoga anak-anak Faris akan mengikut jejak langkah dan semangat kental ayahandanya.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam Lipislady. Sama-samalah kita doakan anak-anak kita berjaya dalam SPM mereka.

    ReplyDelete
  6. Ayu kenalah tengok-tengokkan adik Ayu tu. Jangan dok ajak dia shopping aje.

    ReplyDelete
  7. Betul cakap U tu KK. Saya tak faham kenapa jadi tak sistematik sangat hari tu? Sebagai pentadbir saya cuba ambil iktibar dari masalah orang lain. Semoga pengurusan kita lancar dengan perancangan yang telah kita susun serapi mungkin.

    ReplyDelete
  8. kini pelantikan dg41 gb di kel dan kedah 31.12.2008 tapi di Perak 3.2.2009(GB) 31.12.2008 (Guru Penolong) apa komen anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...