Thursday, January 7, 2010

Tercabut

Sampai je sekolah pagi tadi, jaga mengadu tiang pintu pagar sekolah tercabut. Saya pun pergilah melihat keadaan pagar pintu belakang tersebut. Konkrit tempat menampung tiang tu pun pecah. Simple sangat buatannya; paku macam tu aje. Menurut uncle jaga tu, ia tercabut angkara budak-budak sekolah ini dan bukan sekolah ini yang selalu menggegar-gegarkan pagar tu sejak dulu lagi. Dah jaganya satu, pintu masuk ada 3. Belum lagi pintu masuk ke prasekolah. Bak kata uncle Marimunu tu, sepatutnya mesti ada 2 jaga sianglah, cikgu. Betul juga.... tapi nak buat macamana. Dah peruntukannya 1 je pengawal keselamatan siang. 
   Tak boleh jadi ni. Kena repair terus pagar ni. Jadi apa-apa karang, siapa nak jawab? Keselamatan murid-murid bukan taruhan. Nasib baik Mr. Mari ada kawan boleh bikin itu besi. So saya suruh dia contact dan terus baiki. Tak lama lepas tu, dia jumpa saya kata kerja dah siap. Saya pergi tengok - dah kukuh. Besi tambahan mengikat tiang tu telah diwelding. Orait beres. Thank you!

Tiang pintu pagar yang tercabut dari konkritnya
 
 Panggil orang untuk baiki

Tiang yang sudah dibaiki dengan tambahan besi mengikat konkrit
 
 Pandangan dari tepi

Demi keselamatan anak-anak murid, semuanya memerlukan perhatian dan juga modal!
   Menjelang tengah hari, kakak pekerja swasta mengadu pintu penutup peti elektrik {entah betul ke tidak istilah ini- tak kisahlah} dalam tempat 'db' (distribution board) juga didapati tercabut. Sejak bila, tak perasan pulak. Pergi tengok - bahaya ni!
 
Peti elektrik tanpa pintu
 
 Pintunya yang tercabut
 
Ini pula penutup plastik terbarai. Siapa pulaklah yang menanggalkan skrunya?
   Kena cari wireman  pulak dah. Kos lagi. Naik sekolah ni, macam-macamlah. Bangunan cantik tapi peralatan semakin tua. Belum lagi aduan dari cikgu-cikgu semalam : plug bilik guru yang 'menendang' dan air yang menitis dari kipas menyebabkan black-out satu blok. Huhu....

7 comments:

  1. Cikgu Aida,
    Begitulah kita sebagai pentadbir. Begitu juga yang saya alami. Dalam cuti dah repair dan bersihkan semua tandas murid. Lepas tu hujan ribut, atap terbang dan melayang. Minta duit dari PPD, dah hujung tahun dan tahun baru, duit tak ada. Habis basah bilik APD, gunalah mana2 duit yang ada. And then plug makmal komputer pula rosak keseluruhannya, dan dah syak mesti fius atau main switch punya problem. Kena repair juga. Lepas tu, perabot yang ditunggu2 tak juga tiba, belilah dulu juga untuk makmal sains. Bilangan guru pula bertambah seramai 18 org lagi menjadi 90 orang, bilik mesyuarat tak muat, kena keluarkan meja bulat mesyuarat dan beli meja banquet, kos lagi. Dalam cuti sekolah dah buat pentas perhimpunan baru kerana tak muat untuk menampung guru, buat bilik SPBT (kaunter), pindahkan bilik UBK ke bilik yg lebih besar (buat tile, cat, pintu dll). Pendek kata banyaklah berhabis dalam cuti sekolah dan permulaan buka sekolah ni. Memang terasa penat menguruskan segala2nya. Nasiblah kita sebagai pentadbir yang sendiri mahu tanggung dan pikul segala beban. Syabas untuk diri kita. Semoga Cikgu Aida berjaya mengurus sekolah.

    ReplyDelete
  2. Begitu lah kita guru besar. kita engineer, kita technician, kita segalanya. hari ni saya panggil Cina plumber buat air direct sebab tangki blok A dah lama bocor sebab karat. bil air entah berapa sbb air dh lama keluar mcm tu. nak tukar tangki dlm rm10,000 sbb ada 8 semuanya. buat air direct rm600 je. kena guna duit sekolah. nak minta dgn ppd, segan sbb dh bnyk dia bagi dan dah bnyk kali mengadu.

    ReplyDelete
  3. Salam Faris dan Wan. Macam sama je masalah kita, tak tertulis dek saya : atap terbang, kelas basah, main switch problem, perabot tak tiba, guru masuk ramai, bilik mesyuarat dan bilik guru tak muat, repair paip yang karat tak keluar air dll. Orang tak tau sekolah tak banyak duit, rosak banyak. Tahun ni elektrik kena bayar sendiri huhu. Tulah siapa suruh jadi guru besau?? Jadilah guru kecik. Tapi dah amanah, kenalah tanggung. Sharelah dgn kawan-kawan setakat yg boleh.

    ReplyDelete
  4. masalah di sekolah sy pun lbh kurang mcm tu jugak....cuma pintu pagar tu lom ler tanggal lagi, hehehe

    ReplyDelete
  5. ybs : Harap-harap janganlah dia tertanggal. Biarlah panjang umur dia.

    ReplyDelete
  6. salam.. entah la zaman sekarang ni.. bukan setakat orang je takde quality.. hasil kerja pun main cicai je.. buat kerja janji siap.. .. itu la jadi nya.. banyak juga abeli dengar.. tentang masaalah sekolah ni.. ada yang bumbung runtuh ada yang pagar roboh.. bilik makmal runtuh....macam mana kerja yang di buat oleh kontraktor yang di lantik kem.pelajaran ye....

    ReplyDelete
  7. Abeli : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Saya percaya kat mana-mana pun begitu. Tanggungjawab perlu terus dipikul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...