Penuh dewan terbuka
Persembahan murid Tahun 6 Ikhlas
Pada 13 April 2010 yang lalu, 3 orang murid telah menyerahkan wang RM100.00 yang ditemui mereka kepada Guru Besar. Wang itu rupanya kepunyaan cikgu Roszila. Sebagai menghargai kejujuran yang ditunjukkan oleh murid-murid tersebut, mereka telah diberikan sijil penghargaan kerana bersikap amanah. Semoga mereka akan menjadi anak yang baik pada masa depan dan murid-murid lain juga akan mengikut jejak langkah mereka. Murid-murid tersebut adalah dari Tahun 3 Wibawa iaitu:
1- Muhammad Haris Danial bin Zahrain
2- Srinivasan a/l Sharvanan; dan
3- Muhammad Izzat bin Mohd Redzuan
Srinivasan menerima sijil penghargaan
Izzat yang jujur dan amanah
Haris Danial tak hadir
Kemudian telah dijalankan majlis Bacaan Ikrar Aku Janji Murid Tahun 6 untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan 5A dalam UPSR 2010.
Wakil murid Tahun 6 (murid-murid 6R) berada di atas pentas
Murid 6W, 6A dan 6I membaca ikrar di bawah
Ketua Murid; Farah Alissa bt. Khairul Anuar mengetuai bacaan ikrar
Farah Alissa dan Pen. Ketua Murid; Muhamad Aiman bin Yazaly menandatangani banner aku janji
Bersemangat ustaz
Cikgu-cikgu dengar kat belakang
Murid-murid diminta membayangkan suasana semasa keputusan UPSR diumumkan hujung tahun ini
"Bayangkan ibu bapa kamu sudah tiada....."
Sedih hingga mengalir air mata
Sayu dibuai kata-kata syahdu penceramah
Murid-murid menandatangani banner aku janji dengan penuh rasa insaf
Banyak lagi ruang kosong
GB pun sign dengan kata-kata semangat
Moga Acik pun dapat 5A
Teacher Shikin
Teacher Maria
Ustazah Asiah
Cikgu Sa'diah - guru Matematik
Terima kasih banyak ya ustaz atas ceramah percuma yang telah disampaikan. Semoga ustaz sekeluarga dirahmati Allah hendaknya
salam kak
ReplyDeletealaihai baiknya anak2
dipulangkan balik duit
bertuah sekolah dapat
pelajar jujur begini
beruntung guru yang
kehilangan duit jumpa
balik wangnya..alhamdulillah...
Yelah Zul. Baik pekerti budak-budak tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, apa khabar, sedih sangat yee kak masa buat aku janji begini, rasa sebak sangat dada masa berjanji, tapi ada juga yang lupa janji setelah beberapa hari, buku entah kemana, janji entah kemana...
ReplyDeleteSalam Aida...
ReplyDeletesemoga aku janji bukan hanya di hujung jari namun biarlah hendaknya meresap ke hati.. Mudah2an juga, anak2 ini akan mendapat kejayaan serta menjadi anak2 yang berjasa...
Tahniah juga kepada adik2 yang jujur itu, semoga menjadi contoh kepada rakan2 yang lain.
Salam Lipislady. Walau ramai yang lupa janji, harap ada sedikit kesedaran di hati mereka bahawa mereka pernah berjanji.
ReplyDeleteSalam kakcikseroja. Begitulah hendaknya, moga janji yang dilafaz meresap ke lubuk hati mereka.
ReplyDeleteTadi emak murid yang jujur tu jumpa saya dan beritahu dia nak framekan sijil tu. Begitulah bernilainya sekeping kertas bagi seorang ibu yang menghargai.
Semoga anak anak ini menghargai betapa bagusnya mendapat guru yang prihatin dan bersemangat mendidik dan membantu mereka
ReplyDeleteSalam sayangsayangibu. Begitulah hendaknya.
ReplyDelete