Monday, April 26, 2010

Kursus IAB

Hari ini saya akan ke Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands untuk menghadiri Kursus Pembangunan Sekolah Perkasa iaitu pada 26 - 29 April 2010. Cadang pergi dengan kak Samsidar. Lama tak pi IAB, seronok rasanya. Dan paling teruja sebab nak jumpa kawan-kawan rapat yang dah lama tak ketemu; hanya berinteraksi melalui sms aje terutama Akmal dan kak Milah. Dengar cerita kak Kiah KL pun ada. Wan pun kebetulan berkursus PERMATApintar dalam tempoh yang sama. Balik nanti, saya akan abadikan gambar-gambar sepanjang kursus buat tatapan saya dan semua.

17 comments:

  1. Selamat berkursus Aida.. (kakcik belum sehari pun menghadiri kursus untuk tahun ini!)..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kakciks. Insya Allah tak lama lagi kakciks pun akan dipanggil berkursus juga. Tungguuu..

    ReplyDelete
  3. seronok, seronok....dpt makan lauk ikan bawal lagi, hehehe....

    ReplyDelete
  4. Yalah cikgu Usop. Lama tak makan ikan bawal IAB.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Aida...
    Selamat berkursus...
    Kakak sya pun kursus kat IAB mggu lepas..

    ReplyDelete
  6. Ooo kursus IAB ye. Saudara Cikgu Yusof Mohamed@Kembara Kelana pun kursus juga di IAB. Selamat makan ikan bawal dan sayur kobis cicak. Itu yang pernah kumpulan kami alami.

    ReplyDelete
  7. Sayur kubis cicak???? Perencah untuk sayur kubis tu, cicak ke??

    ReplyDelete
  8. Salam cik Shin-Ju. Kakak cik cikgu juga ke? Skolah mana ya? Kalau minggu ni, boleh jumpa, kan. Tak pe lain kalilah nampaknya.

    ReplyDelete
  9. Salam Faris. KK kursus apa ya? Apa nak kata : kubis cicak pun cicaklah (heee... geli geleman pulak tekak n)

    ReplyDelete
  10. Salam kakciks. Diorang ni ada-ada jelah. Mesti ada cerita di sebalik menu tu. Tapi, saya tak nak tau pun. Kalau ada hidangan kubis nanti, for sure saya takkan jamah. Makanlah oren tu banyak-banyak sampai kembung hehe

    ReplyDelete
  11. CG Aida,
    KK kursus pengurusan projek. Tarikhnya mula hari ini juga kalau tak silap saya.

    ReplyDelete
  12. salam kak
    selamat bercuaca sejuk di sana
    selamat datang ke Bumi Pahang

    ReplyDelete
  13. aku kursus pada 11-14 mei lah faris...tak dapat jumpa aida...nak belajar buat blog...jom faris...kita perkena bawal keras IAb yang terkenal tu...

    ReplyDelete
  14. Salam SSibu. Tkasih. Rasa nak pi kursus lagi tapi tak ada orang panggil pulak...

    ReplyDelete
  15. Salam zul. Panas kat IAB tu, bila nak balik baru hujan.

    ReplyDelete
  16. Salam Faris & KK. Elok gak berkursus kat IAB tu, release tension!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...