Pendekatan menyeluruh ini melibatkan perancangan dan penglibatan semua warga sekolah. Objektif program antara lain untuk memupuk nilai murni alam sekitar di kalangan warga sekolah serta meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Tahun ini sekolah kami telah dicalonkan untuk menyertai program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar ini. Permohonan untuk penyertaan rasmi telah kami hantar kepada sekretariat pada bulan Januari 2010 yang lalu. Dokumen tersebut mengandungi laporan dan bukti bergambar berkaitan pelaksanaan dan iltizam mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Teballah juga laporan yang dihantar hari itu. Terima kasih banyak kepada GPK HEM Pn. Shikin, Pn. Mariatul dan Pn. Tatra yang begitu bersungguh-sungguh pada peringkat awal sehingga permohonan kita diterima.
Selepas beberapa kali bermesyuarat, persediaan di peringkat sekolah telah digerakkan dan semakin rancak. Minggu depan hari Rabu 14 April 2010, pihak pemantau akan datang memantau dan menilai. Sekolah memerlukan kerjasama semua warganya; guru-guru, kakitangan, murid-murid, PIBG, ibu bapa dan seluruh komuniti sekolah bagi melonjakkan markah penilaian. Ayuh kita ambil peranan masing-masing. Jangan ada yang terkecuali.
Sebagai sebuah sekolah baru yang tidak pernah memenangi sebarang pengiktirafan berkaitan alam sekitar hatta di peringkat daerah sekalipun, terus terang saya katakan saya tidak berapa yakin. Tetapi saya lihat guru-guru sangat bersemangat. Di situ terbit satu pengharapan maha dalam agar kejayaan dapat kami rangkul. Sesungguhnya kami akan cuba mempersembahkan yang terbaik dengan cara kami tersendiri dalam keadaan paling tulus. Semoga Allah SWT mengkabulkan cita-cita dan doa kami. Insya Allah.
Seminggu menjelang tarikh pemantauan, persediaan ala-ala gitu-gitu.........
Mariatul sedang menyiapkan mural Sekolah Lestari
Maria memang berbakat
Papan kenyataan Sekolah Lestari
Laman Jauhari "under construction"
Milah sedang memilih gambar yang menarik untuk dijadikan mural
Cat dinding sebelah lagi
Cikgu-cikgu praktikum; Sham dan Azlin membantu melukis mural
Nak buat apa dengan pelepah kelapa tu?
Terima kasih Abu tolong catkan gelanggang bola jaring ni semalam
Potongan kayu di luar Pusat Sumber Sekolah
Kat dalam PSS pun ada
Hasil kreativiti guru Media; cikgu Normi Yahya
Ani membantu Normi di PSS
GB pun bantu juga - susun 'gula-gula'
Roshita dan Zalina juga menolong Normi
Shikin sibuk seharian hari ni dengan pendaftaran Tahun 1
Bergambar dengan cc Sabar - orang Melaka rupanya
Bersama Zanie yang rajin dan lincah
Countdown menjelang hari pemantauan ni, berdebar-debar juga. Nanti saksikan lagi persediaan-persediaan kami selanjutnya. Semoga guru-guru akan terus bekerja keras mempersiapkan apa-apa yang patut dengan lebih giat lagi. Usaha tangga kejayaan. Kan cikgu selalu tulis kat dalam buku laporan murid-murid. Begitulah adanya....
Salam Aida..
ReplyDelete(sambil gosok2 mata sebab mamai - terjaga dari tidur..).. tak ada guru lelaki, ya? Tapi guru2 dan murid2 nampaknya bersemangat.. semoga mendapat imbuhan yang setimpal. Insya Allah.
Apa khabar kakcik? Harap semakin sihat. Ada cikgu lelaki : 11 drp 67 orang guru. Merekalah sumber semangat kami.
ReplyDeletesham dan azlin tu lepas praktikum suruh dia posting sekolah aku aida...aku nak suruh dia lokis dinding..ada banyak kosong lagi ni..
ReplyDeleteatau
kalau kau dah jemu jadi GB kat sekolah tu, nanti tukar dgn aku..tak payah aku nak lukis lukis lagi...
baru dapat surat lantikan....
Kelakar betul KK ni. Tahniah dah dapat surat lantikan. Sekarang episod nak duduk PTK pulak.
ReplyDelete