Friday, April 9, 2010

Lagi persediaan Sek Lestari

Sambung lagi persediaan untuk menghadapi pemantauan Anugerah Sekolah Lestari minggu depan. Awal pagi, selepas bacaan Yaasin, diadakan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan mewarna dan rekacipta bertemakan alam sekitar yang telah dijalankan pada minggu lepas.
Penyampaian hadiah pemenang mewarna
Tahniah
Penyampaian hadiah anjuran PSS
Edy pun dapat hadiah
Pameran hasil-hasil karya yang menang
Hasil rekacipta daripada bahan kitar semula yang menang
   
   Beberapa orang guru lelaki telah diminta menolong memindahkan bangku-bangku dan meja-meja batu dari tapak perhimpunan ke Laman Jauhari. Terima kasih semua.
Gotong-royong mengangkat bangku batu
 Angkat meja batu pulak
 Bangku-bangku disusun di Laman Jauhari
   
   Hari ini bilik GB bertukar menjadi studio rakaman. JK Persembahan Multimedia; Pn. Taty Salwani dan En. Rosli akan membuat rakaman GB memberi ucapan berkaitan program Sekolah Lestari. Untung kami dapat guru baru bekas Penyelaras PKG, dapatlah upgrade sikit persembahan kami nanti. En. Rosli pun minggu ni ke sana ke mari dengan kameranya mengambil gambar-gambar menarik di sekitar sekolah. Beliau 'tiba' tepat pada masa. Semalam juga line internet sudah dapat dipulihkannya yang sebelum ini dikatakan masalah bekalan elektriklah, serverlah dan macam-macam lagi. Alhamdulillah! Semoga En. Rosli akan berada lama di sekolah ini....
Taty dan En. Rosli bersedia untuk membuat rakaman
 Suasana recording
Testing
Ulang semula
Hasil rakaman
Bergambar jap dengan Taty bersama skrip
   
   Jam 9.15 pagi, berlangsung pula Majlis Perjumpaan Ibu Bapa murid-murid LINUS bersama pentadbir dan guru-guru Tahun 1 Amanah. Ibu bapa diberi penjelasan tentang program LINUS (murid yang tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira - literasi dan numerasi) yang merupakan salah satu daripada sub NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia. Hasil perjumpaan, ibu bapa bersetuju membenarkan sekolah mengutip bayaran untuk buku-buku tambahan serta mereka tidak ada halangan anak-anak mereka ditempatkan di kelas tersebut demi masa depan anak-anak mereka juga.
Antara ibu bapa murid LINUS yang hadir
Ibu bapa diberi penjelasan tentang program LINUS
GB mempengerusikan majlis
   Majlis selesai sekitar jam 10.30 pagi. Jom pi tengok apa murid-murid Pendidikan Khas buat...
Murid-murid Pendidikan Khas dengan hasil kraftangan yang dibuat bersama guru mereka
Menyapu gris pada bekas kitar semula
Taman Lestari Herba dikelilingi pagar botol berwarna

10 comments:

  1. salam buat akak...
    nak dengor suara GB berucap..upload la petikan ucapan tu..

    ReplyDelete
  2. tahniah krn dpt membuat persediaan yg mantap, moga berjaya dan terus berjaya!!!

    ReplyDelete
  3. tahniah! semoga SKKW dapat top 3 untuk pertandingan Lestari

    ReplyDelete
  4. Salam mantan cikgu. Suka abadikan gambar-gambar tu...

    ReplyDelete
  5. Salam paklong. Nanti tunggu ilham perlu ke tidak diupload ucapan tu. Seganlah pulak - suara kita tak sedap

    ReplyDelete
  6. Salam cikgu ybs. Cikgu-cikgu cuba curi masa buat persediaan. Tak tau le menepati standard ke tak. Elok juga ada pertandingan-pertandingan begini. Adalah semangat kita untuk buat perubahan dan penambahbaikan. Enjoy pun enjoy.

    ReplyDelete
  7. Salam Wan. Sebenarnya saya tak mengharap sangat. Nak sebut top 3/top 10 pun dll pun tak berani. Tapi harapan sikit-sikit tu adalah juga. Insya Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...