Wednesday, April 14, 2010

The green day - Sek Lestari

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Sekolah akan dipantau untuk Program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Kalau berjaya, boleh masuk peringkat kebangsaan :) Mari kita tengok gambar-gambar yang telah dirakam.
* Pagi-pagi sebelum pemantauan.......
Murid-murid mengutip sampah di sekeliling sekolah
Cikgu-cikgu berbaju hijau - Bedah, Normi, GB, Rosmah, Diana dan Azlee
Guru-guru praktikum tampan Faiz, Zaihan dan Firdaus bersama Din
Seorang lagi guru praktikum Alif bergambar kenangan dengan kakak-kakak idolanya - Nisah, Khairul, Zawiyah, Ayuna dan Norina
Lady boss in green
En. Rosli dan Taty sedang setting presentation
GB masuk wayang
* Lebih kurang pukul 9.10 pagi, pasukan pemantau pun tiba.....
 Pemantau mengambil tempat
Cik Nik Noraini (Jabatan Alam Sekitar), Pn. Amri (JPN Selangor) dan En. Mohd. Fikri (Yayasan Anak Warisan Alam)
GB menyampaikan ucapan aluan
Tayangan multimedia
Jamuan nasi lemak bungkus
Tkasih Shikin peralatan jamuan yang klas
* 10.15 pagi, pasukan pemantau melawat tapak dan stesen-stesen....
Melawat sudut panitia di PSS
Bersoaljawab dengan murid-murid yang bertugas
Ada ke yang menarik tu?
Sebelum meninggalkan PSS, tandatangan buku pelawat
Sudut 3 R - Reuse, Reduce, Recycle
Projek Kemahiran Hidup - cop getah daripada selipar
Projek KH 2 - Taman Mini dalam Botol
Projek KH 3 - Akuarium dalam Botol
Projek Pendidikan Khas - Kraftangan daripada suratkhabar
Murid-murid Pendidikan Khas menunjukcara menganyam
Sudut Lestari
Menandatangani buku pelawat Pemulihan Khas
Bergambar dengan 3 orang saintis muda
Demonstrasi Racun Serangga Organik di Makmal Sains
Pemantau mendengar penerangan yang disampaikan
Blend bawang putih, halia bersama 1 liter air. Biar semalaman dan tapis
Sembur kepada daun untuk mengelakkan serangan serangga
 Acik menjawab soalan dengan tenang
Jadual Bertugas Taman Herba Lestari
Nan melayan para pemantau dengan penuh ceria
Inovasi unik ni
 En. Fikri menerangkan tentang lubang saliran di kantin
Pemantau mencadangkan cara parkir kereta yang terbaik adalah dengan membelakangkan kereta bagi tujuan keselamatan, menjimatkan minyak dan menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran
Kipas tu menarik perhatian En. Fikri
Singgahsana Si Burung
GB menjawab mesej dari YDP PIBG - "otw"
Gumbiranya Milah!
Laluan Bestari
Melihat-lihat kolam di surau
Sign buku pelawat surau pulak
Di klinik
Menemubual Siti Aminah
Bunga raya berpasukan tayar
Bergambar kenangan
* Selesai lawatan, pemantau masuk semula ke bilik mesyuarat untuk berbincang sesama mereka. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami dipanggil masuk untuk mendengar ulasan daripada mereka....
Mendengar ulasan dan cadangan-cadangan penambahbaikan
Sedikit cenderamata dari sekolah
Sebelum pulang, tetamu dihidangkan dengan jamuan tengah hari di kantin. Lebih kurang jam 1.15 tengah hari, para pemantau meninggalkan sekolah. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Saya sangat berpuashati dengan persembahan hari ini. Malahan pihak penilai tadi pun memaklumkan bahawa sekolah telah mengambil usaha yang gigih dengan persediaan yang baik bagi menerima pemantauan hari ini.
   Menurut pemantau, kelebihan sekolah ini adalah memaparkan banyak inovasi / ciptaan green building (membina hijau) berbanding sekolah-sekolah lain yang banyak menonjolkan taman-taman. Contohnya; saluran hujan, alam semulajadi, racun serangga malahan tandas yang bersih serta elemen-elemen penjimatan. Mereka juga telah memberikan pelbagai idea inovasi lain seperti baja kompos dan bio-enzim untuk diketengahkah jika berjaya ke peringkat seterusnya. 
   Terima kasih banyak kepada pasukan pemantau yang sangat mesra alam. Juga sekalung penghargaan buat semua guru dan murid yang telah memberikan kerjasama yang sangat cemerlang dalam kita menghadapi pemantauan ini. Saya kira kita telah melakukan yang terbaik. Terserahlah kepadaNya untuk menentukan nasib kita. Apa yang penting seluruh warga sekolah telah mendapat manfaat yang tidak ternilai hasil kerja keras kita untuk memasuki pertandingan ini. Kalah menang tidak lagi penting. Tahniah semua....!

12 comments:

  1. salam...
    sya doakan kejayaan S.K.K.W
    semoga berjaya ke peringkat seterusnya..
    Chayok!!!

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak aida

    memang bagus sungguh...
    kagum saya melihatnya

    ReplyDelete
  3. salam buat akak...
    moga berjaya..memang klas...

    ReplyDelete
  4. tahniah3

    tema hijau tu sgt sesuai, sgt ceria!

    moga berjaya!

    ReplyDelete
  5. tahniah... semoga dpt masuk peringkat kebangsaan..... amin....

    ReplyDelete
  6. nanti 1 hari nak gi melawat..sgt menarik. semoga berjaya.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih banyak. Saya sangat menghargai kalian semua.

    ReplyDelete
  8. Wou!..Tahniah semoga mencapai kejayaan Sekolah Lestari..
    Nak melawat sekolah boleh?..t dapat makan nasi lemak bungkus daun pisang ke?

    ReplyDelete
  9. Salam Cikgu Aida.

    Seronok melihat gambar-gambar yang bermakna ini.
    Semoga berjaya meneruskan perjuangan ke peringkat kebangsaan. Tahniah cikgu!

    ReplyDelete
  10. Salam kak Lisa. Sekolah akak lagi hebat. Dah lama pasang niat nak melawat sejak zaman Hj. Zul lagi. Tunggu saya pi sekolah akak dulu ya, boleh makan ikan bakar

    ReplyDelete
  11. Salam Roha, eh eh nama kita ala-alalah. Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...