Friday, April 16, 2010

Hi-tea

Hari ini saya belanja guru-guru dan staf SKKW hi-tea di Nilai Springs Resort Hotel. Majlis ini sebenarnya 3 in 1 iaitu:
1. Majlis kesyukuran GB dapat pelantikan gred DG41
2. Dedikasi buat semua warga SKKW yang telah bekerja keras membuat persediaan untuk program sekolah lestari
3. Majlis perpisahan guru-guru praktikum (6 orang last hari ini dan 4 orang lagi pada 30.4.2010 nanti)
Din pengacara yang bersahaja
GB yang dah tak cemerlang lepas dapat 41
Alang pun tumpang sekaki
Terima kasih atas sokongan semua
Makan sambil senyum
Makan dengan sopan
Makan pelan-pelan
Makan dengan penuh selera
Terima kasih En. Husaini; wakil PIBG yang dapat hadir
Terima kasih Fahmi kantin
Shidah kedai buku pun hadir
Anikah yang rajin interview sejarah GB
Ucapan Rafiqa; wakil guru praktikum kategori perempuan - kata Din
Zaihan; wakil guru praktikum lelaki memuji guru-guru SKKW. Mereka bercadang nak buat internship di SKKW lagi Ogos ni
 Penyampaian sijil penghargaan atas komitmen
Menerima cenderamata dari Rafiqa
Bergambar dengan guru-guru praktikum yang rajin
 Oopps.. penyanyi solo berdiri di depan
Terasa mudalah pulak

16 comments:

  1. wow bestnya! GB belanja Hi-tea....kalau la saya berada d sana.....dapatlah merasa belanja GB ni...Tahniah cikgu dengan komitmen seluruh warga sekolah cikgu....

    ReplyDelete
  2. Sekali-sekali belanja. Entri ni bukan tujuan untuk bermegah-megah, sekadar nak paparkan kenangan kemesraan buat tatapan anak-anak buah

    ReplyDelete
  3. terima kasih puan..
    semoga puan sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. Sama-sama Aminah. Semoga kita semua di bawah lindungan Yang Maha Esa

    ReplyDelete
  5. aida bilalak nak belanja akak AKA ni. kat genting masa kursus pun ok kut..

    ReplyDelete
  6. Tahniah Da! masih cemerlang malah lebih cemerlang bila dah dapat DG41. Bila nak belanja saya pula?

    ReplyDelete
  7. Salam kak Milah. Ok saya belanja akak kat Genting nanti. Lama tak jumpa kan

    ReplyDelete
  8. Salam Wan. Dasarnya begitu. Bila GBC DGA38 dapat DG41, dia dah bukan GB Cemerlang lagi. Apapun syukur pernah singgah sebagai GBC. Hajat hati tu memang nak belanja Wan & member-member lain juga. Tengoklah bila-bila nanti ya.

    ReplyDelete
  9. Kak Aida...Tahniah..tahniah..satu contoh yg molek utk anak buah...

    ReplyDelete
  10. Cemerlang atas nama sahaja tak de maknanya..Da cemerlang sebenar-benarnya. Ok, bila-bila free kita jumpa. Saya pun dah agak lama tak sembang dgn kwn-kwn.

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Aida
    Wow, meriahnya majlis teh-tinggi tu! Tentulah yg diraikan mengingati budi baik itu sepanjang hayat. Tahniah di atas kenaikan gred Cikgu Aida. Insya Allah akan terus cemerlang. May I take this opportunity to wish you, your school and staff, good luck in the 'sekolah lestari' program.

    ReplyDelete
  12. Salam PSilam. Tq. Yang molek jadikan contoh, yang tak molek ampun dan maaf jua dipinta..

    ReplyDelete
  13. Salam Wan. Bilalah kita nak free agaknya, ya?

    ReplyDelete
  14. Salam cikgu Temuk. Tq so much. Dalam limpahan ucapan tahniah yang kami terima, tersentuh juga kami dengan sikap sesetengah parents yang tak peduli malah mempertikaikan tindakan pihak sekolah memberi tumpuan terhadap program tersebut. Bimbang p&p murid terabai, kata mereka. Susah nak cakap. Moga guru-guru tak berputus asa.

    ReplyDelete
  15. salam kak..
    seronoknya ada makan2
    he he..tak lepas peluang..

    ReplyDelete
  16. Maaf Zul tak dapat jemput Zul sebab jauh bangat. Lain kalilah ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...