Saturday, April 24, 2010

Ujian PERMATApintar

1 Mac - 31 Mei 2010 adalah tempoh di mana pelajar-pelajar dari Tahun 2 (8 tahun) - Tingkatan 3 (15 tahun) boleh menduduki ujian IQ UKM 1 PERMATApintar secara online http://www.permatapintar.edu.my. Ujian ini tidak dikenakan apa-apa bayaran dan banyak faedahnya pada masa depan. Pihak sekolah diminta membantu menyediakan data sekolah seperti kod sekolah, nama sekolah, alamat sekolah dan lain-lain bagi membantu murid mengambil ujian ini. Murid perlu dipastikan mengambil sendiri ujian ini kerana ketidakjujuran akan dapat dikesan jika mereka terpilih menyertai mana-mana program kelak.
   Selain kem PERMATApintar, murid-murid yang layak juga berpeluang menyertai kem PERMATAinsan, PERMATAseni koir dan PERMATAseni muzik.
   Tahun lepas, penyertaan di kalangan murid-murid SKKW kurang memberangsangkan kerana masalah komputer di sekolah; schoolnet tidak stabil, masalah server dan macam-macam lagi. Jadi, sekolah telah meminta murid-murid mengambilnya di rumah atau di mana- mana saja di luar sekolah. 
   Tapi Alhamdulillah, tahun ini sekolah telah dapat memberi peluang yang luas kepada ramai murid. Ini disebabkan makmal komputer ke-2 sekolah telah dibekalkan dengan pc dan kemudahan yang lengkap sejak cuti sekolah hujung tahun lepas dan masalah server serta bekalan elektrik telah dipulihkan sejak kehadiran En. Rosli. Pihak sekolah telah mengatur jadual untuk murid-murid masuk ke makmal komputer untuk mengambil ujian tersebut. Setakat ini, hampir 200 orang murid telah mendudukinya. Minggu depan sambung lagi untuk murid-murid Tahap 1 pula. Diharapkan akan adalah di antara murid-murid SKKW yang akan terpilih ke ujian IQ UKM 2 yang dijadualkan pada 1 Julai - 15 Ogos 2010 nanti (semakan kelayakan: pada 6 Jun 2010).
Murid-murid tekun menjawab
 Ramai dah siap jawab
 Murid-murid baru merasmikan makmal ni - tak sempat ceria lagi

3 comments:

  1. salam buat kak aida...
    bestnya bebudak kalau dapat berinteraksi ngan komputer..

    ReplyDelete
  2. salam. beruntungnya bebudak sekarang. Tak macam kita dulu...

    ReplyDelete
  3. Salam paklong & kakpah. Memang beruntung depa. Tapi masalahnya masa tak ada nak maksimumkan penggunaan bilik tu. Pandai-pandai cikgulah guna makmal komputer untuk mengajar. Sedangkan guna makmal komputer ni banyak birokrasinya : nak bawa budak satu hal, kelas kadang2 tutup - tak ada org sepenuh masa, nak onkan komputer lagi, cikgu kena cari bahan dll. Tau-tau masa habis, belajar tak juga. Ia terpulang kepada kebijaksanaan guru.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...