Saturday, April 10, 2010

Persediaan hari Sabtu

Sebagaimana hari-hari Sabtu yang lepas, murid-murid Tahun 6 menghadiri Kelas Tambahan UPSR. Sebahagian murid Tahun 4 dan 5 juga datang ke sekolah menghadiri Kelas Bimbingan anjuran PIBG. 
Murid-murid Tahun 4 yang hadir Kelas Bimbingan

   Walaupun pagi ini hujan, beberapa orang guru dan murid tetap datang ke sekolah membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan sekolah lestari. Terima kasih Pn. Shikin, guru-guru serta murid-murid. Budi baik kalian hanya Allah jua yang mampu membalasnya.
Beberapa orang murid membersihkan Taman Warisan Syabas
 Bergambar kejap
Hujan makin lebat
Bergotong royong di Taman Herba
 Terima kasih guru-guru praktikum - Faiz, Zaihan, Alif dan Firdaus
Salmi dan Zul menguji saluran air kitar semulanya
Amir posing dengan penuh bergaya
Maria menampal bahan-bahan di Sudut Lestari
 Projek pemulihan khas - space shuttle
Anak Milah turut membantu ibunya

   Terima kasih banyak buat Shikin yang telah memasak untuk jamuan pada hari ini. Guru-guru lain bila pula nak  touch up projek masing-masing?

14 comments:

  1. salam kak Aida..
    wah sekolah yang bagus
    guru yang rajin..
    guru besar yang mesra
    meriah sekolah cikgu
    he he..tahniah

    ReplyDelete
  2. Tkasih Maiyah. Memang seronok berkumpul-kumpul ni. Berkumpul sambil bergotong royong lagilah best sebab dapat membantu sekolah

    ReplyDelete
  3. Tkasih Zul. Tadi salah seorang cikgu praktikum tu beritahu dia suka sekolah kami. Sebab GBnya baik :) Ikhlas je bunyinya. 'Kembang' sekejap. Bukan selalu kena puji gitu.

    ReplyDelete
  4. kak aida,
    cantik sungguh sekolah ni. cikgu2nya pun rajin2 betul...

    ReplyDelete
  5. Tq cikgu kl. Sekolah cikgu pun apa kurangnya. Rajin banget guru-gurunya.

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Aida
    Seronoknya pelbagai kegiatan di sekolah cikgu! Sekolah & persekolahan hari ini memang jauh berbeza berbanding zaman 50an. Insya Allah di sebalik segala aktiviti, tumbuh subur pelbagai kemahiran insan. Walau mungkin sukar juga utk diseimbangkan dgn tuntutan prestasi akademik yg tinggi.

    ReplyDelete
  7. Salam Temuk. Persekolahan hari ini memang berbeza. Kadang-kadang terfikir juga, kalau zaman saya sekolah dulu ada program-program motivasi macam sekarang ni, mungkin saya tak jadi setakat cikgu. Agaknya saya jadi apa ya?

    ReplyDelete
  8. salam buat kak aida...
    amboiiii..lawanya kelas dan persekitaran sekolah.....masuk pertandingan hias sekolah ker..?

    ReplyDelete
  9. kita cikgu ni takde istilah cuti ye, .. kak??...memanjang je kena pegi sekolah..

    ReplyDelete
  10. Salam pak long. Terpilih masuk pertandingan sekolah lestari. Rabu ni nak kena pantau. Ada gak sebab nak suruh warga sekolah lawa-lawakan kelas dan persekitaran

    ReplyDelete
  11. Salam cikgu jang. Sebahagian besar cikgu gitulah. Cuti pi sekolah, tak cuti buat kerja sekolah kat rumah

    ReplyDelete
  12. Hai aida..baru dpt berbloging balik ni..setuju dengan semua komen2 diatas..aida Gb yg mmg mesra alam dan mesra sosial macam akak AkA lah tu (perasan sendiri) akak hrb aida gi tgk blog akak yg ade hiburan bebudak tahap 1.Akak dah upload kat blog.Cikgu sekolah akak skrang ni ingat akak ade Ijazah ICT..akak semyum je.....Aida cube facebooklah ...baru lah gempak

    ReplyDelete
  13. Salam kak Milah. Saya tiru perangai akak le yang mesra-mesra alam ni hehe. Saya selalu tengok blog akak. Nampak akak dah serasi dengan sekolah baru, syukur. Pasal facebook, memang saya ada akaun tapi tak berapa kisah sangat... Minat blog lagi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...