Tuesday, April 13, 2010

Persediaan Terakhir Sek Lestari

Esok pemantau Anugerah Sekolah Lestari akan datang. Dah confirm dengan pegawai JPN tadi, mereka akan sampai lebih kurang jam 9.00 pagi. Hari ni cikgu-cikgu pulun lagi apa-apa yang patut. Mesyuarat diadakan bagi memberi gambaran berkaitan proses pemantauan esok - sambutan, jamuan, ucapan, persembahan multimedia, laluan pemantauan, cenderahati, brosur, sesi bergambar dan lain-lain lagi. Sekejap je sebab banyak lagi yang perlu dilakukan. Bahkan sampai larut petang pun, tak settle lagi. Pagi-pagi esok ada lagi nak dibuat. Puas ingatkan murid-murid jangan buat sampah, pekerja cuci tandas, bilik persalinan dan minta kantin kurangkan penggunaan plastik tapi nampaknya sebelah petang ketika sekolah agama, masih ada lagi sampah sarap. Hai budak-budak ni.... apasallah tak reti-reti buang sampah dalam tong sampah? Ikut dan je. Tong sampah pulak tu kejap-kejap penuh. Esok kena gotong-royong nampaknya ni. Jom tengok apa yang berlaku di sekolah hari ini menjelang penilaian program sekolah lestari esok hari....
Mural utama yang akan menyambut pemantau kehormat
Mesyuarat AJK Sekolah Lestari ke-3
Shikin menyampaikan maklumat terkini
AJK memberi perhatian
 Hijau - Bilik Mesyuarat Lestari namanya ni
Cikgu Maz Azlee - jurukamera tetap GB
Alam Samudera - jaring tu sumbangan En. Rosli. Tq
Alam Teknologi
Nor Mi Aw. Nik memerhati bahan dalam Galeri
 Sudut Panitia
Ni hiasan je
Pengawas perpustakaan membantu di PSS
Setema dengan Normi Yahya
Bersimpuh di atas tangga bersama Ani
Projek saluran air hujan
 Kolam Lestari
Taman orkid
Sangkar burung
Murid-murid mencuci akuarium di bilik KH
Projek KH - Akuarium Dalam Botol
Murid-murid pun sibuk menolong cikgu
Wak Jamil yang tekun
Tulang belakang kebersihan sekolah - Zubaidah, Fauzidah dan Ilham
Buka kasut sebelum masuk tandas
Sham dan Azlin dengan hasil lukisan mereka
Lukisan bajet - kata Milah
11.00 pagi : Milah melakar dinding Laman Jauhari
1.00 t.hari : Sham dan Azlin - orang kuat Milah
3.30 petang : Hujan renyai dengan kilat lagi. Masih tekun.
5.00 petang : Lestarinya dinding ni

10 comments:

  1. aida suka nya akak tengok semua nye ni..tahniah lah pada cikgu dan murid2....harab berjaya hingga ke ank cucu,,ooops

    ReplyDelete
  2. iada, kerusi2 batu beli kat mana ye....boleh tak bagi company yg jual kerusi 2 ni

    ReplyDelete
  3. salam buat akak...
    amboi nengok pun meriah dah....
    memang ada klasssss..
    tahniah buat akak..

    ReplyDelete
  4. Salam semua. Semalam tidur awal, dah terbangun awal sikit. Terujalah pulak. Apa yang akan jadi hari ni... Suspens.

    Wan : Terima kasih banyak.

    Ashrafi : Thank you

    Kak Milah : Tq kak. Bukan ke anak cucu je tapi hingga ke akhir hayat. Kerusi-kerusi batu tu saya dapatkan dari company di Jenderam Hilir 2 tahun dulu. Minta sumbangan dari ibu bapa dan syarikat2. Lepas tu tulis nama depa kat bangku tu. Jadi isulah juga dulu - sekolah suka minta derma! Padahal untuk kegunaan murid2 juga.

    Pak Long : Terima kasih sentiasa bagi semangat.

    ReplyDelete
  5. Salam Cikgu.
    Wah, cerianya sekolah Cikgu Aida.
    Menarik dan tertarik.
    Semoga Cikgu sentiasa diberkati Allah swt dan kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah Cikgu di mana jua berada.
    Success with U always.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. wah betul betul tiptop..suke..suke..kalaulah tem[pat tinggal dan kerja sya dekat dengan sekolah nih mahu je tukar anak2 disini muleh? ;p

    ReplyDelete
  7. Salam Roha. Terima kasih terima kasih. Moga anak-anak murid juga ceria bersama keceriaan sekolah. Moga Roha juga sukses selalu.

    ReplyDelete
  8. Salam sayangsayangibu. Sukanya saya dengar hasratmu itu. Jomlah pindah kat Kota Warisan ni. Boleh kita menyambung silaturrahim.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...